Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal

Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal|PERHATIAN buat pelajar lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf. Untuk makluman anda, permohonan UPU Sesi 2018 telah dibuka secara online pada 5 Februari hingga 10 April 2018. Namun disebalik itu, tahukah anda beribu pemohon gagal mendapat tempat di universiti awam/IPTA walaupun mendapat keputusan SPM dengan cemerlang.

Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal

Apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU? Kepada yang gagal dalam permohonan ke UA/Politeknik, anda masih berpeluang dengan membuat rayuan UPU. Berikut kami kongsikan kenapa anda gagal mendapat tempat di universiti.

Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal

Tawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan pada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Berikut dikongsikan punca permohonan UPU anda gagal untuk panduan anda:

1. Tidak Menetapi Syarat Khusus Program
    Yang Dipohon

Perkara utama yang perlu diambil kira adalah syarat program yang dipohon. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA adalah wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, anda tidak layak diterima dari mana-mana IPTA.

2. Menolak Tawaran dan Memohon Semula
    Melalui e-Rayuan

Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian bertindak membuat semula e-rayuan merupakan salah satu faktor permohonan UPU ditolak. Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada pemohon yang langsung tidak ditawarkan UPU sahaja. Oleh itu, sekiranya anda masih benar-benar berminat untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau gagal dalam permohonan e-rayuan tersebut.

3. Gagal Dalam Temuduga

Permohonan program yang memerlukan anda menghadiri sesi temuduga misalnya program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga itu, secara automatiknya permohonan anda juga gagal.

4. Tidak Menekan Butang Sah dan Hantar

Pastikan anda menekan pada butang sah dan hantar semasa membuat permohonan UPU secara online. Sekiranya, anda tidak menekan butang sah dan hantar, secara automatik permohonan anda tidak diterima oleh sistem UPU. Maka, permohonan anda dikatakan 'Gagal'!

5. Memohon Program Pengajian Yang
    Popular

Bagi yang memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang tingggi kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda. Selalunya program pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pemohon tetapi hakikatnya kuota pengambilan untuk program seperti ini sangatlah terhad. Akibatnya, ramai pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas dinilai menerusi kiraan merit.

Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.
Waktu Bekerja: Bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga perkongsian Punca Permohonan UPU Anda Gagal ini memberi panduan anda sebelum membuat permohonan UPU secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/IPTA!

No comments

Powered by Blogger.