Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2024 Online (Tingkatan 1 & 4)
Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2024 Online (Tingkatan 1 & 4)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Seni Malaysia (eSSEM) tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu (1) ambilan tahun 2024. Menerusi Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan Sekolah Seni Malaysia 2024 boleh dibuat secara online mulai 3 Julai 2023 hingga tarikh tutup 15 September 2023 melalui Aplikasi eSSEM. Berikut dikongsikan Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2024 Online buat rujukan anda.
Permohonan Sekolah Seni Malaysia Sesi 2024 Online (Tingkatan 1 & 4)
Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan aplikasi permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 beserta syarat kemasukan:Tarikh Penting Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2024
◾Tarikh Permohonan: 3 Julai 2023 hingga 15 September 2023◾Aplikasi Permohonan
KLIK 👉 https://essem.moe.gov.my/
Cara Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2024 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi eSSEM secara online melalui pautan seperti berikut:KLIK 👉 https://essem.moe.gov.my/
2. Klik “Daftar Kali Pertama”.
3. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan, Kata Laluan, Soalan Keselamatan dan Jawapan.
4. Klik “Daftar” dan maklumat pendaftaran anda akan dipaparkan. Klik “Isi Borang” untuk membuat permohonan.
5. Seterusnya, pastikan maklumat permohonan anda lengkap dan betul. Klik “Simpan” di akhir setiap paparan.
6. Klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan anda.
Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2024
Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan dan syarat kemasukan Sekolah Seni Malaysia:A. Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang
kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan
4. Hanya permohonan secara 'Online' akan
diproses
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang
kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan
4. Hanya permohonan secara 'Online' akan
diproses
B. Syarat Akademik
1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR
sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Calon mesti daripada sekolah bantuan
penuh kerajaan
3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji
Bakat
4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM
yang ditawarkan mengikut bidang yang
ditetapkan
5. Murid yang berjaya wajib tinggal di
asrama dan tertakluk kepada peraturan
yang ditetapkan
6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
7. Mengemukakan semua dokumen asal
semasa temuduga
8. Permohonan akan ditolak sekiranya
calon memalsukan sebarang dokumen
semasa temuduga
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi En Muhammad Daneal Syawal Bin Abdullah di talian 03-8872 1625/011-10043228 atau boleh diemelkan alamat daneal@moe.gov.my.
Selamat membuat permohonan Sekolah Seni Malaysia tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Seni Malaysia!
Untuk kemasukan tingkatan 4 ke Sekolah Seni ada tak?
ReplyDeleteada
Deletedah tak boleh nak apply kee ?
ReplyDelete