Permohonan UITM Sesi 2 2019 Lepasan SPM

Permohonan UITM Sesi 2 2019 Lepasan SPM|ANDA berminat melanjutkan pengajian ke UA/IPTA? Panduan buat anda lepasan SPM/Setaraf yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Menerusi Portal Rasmi UITM, permohonan UITM ambilan Januari 2019 telah dibuka dibuat secara online mulai 9 Julai 2018 sehingga 27 Ogos 2018.

Permohonan UITM Sesi 2 2019 Lepasan SPM

Terdapat 72 program diploma yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf. Selain UITM, terdapat Universiti Awam yang lain menawarkan second intake iaitu UTM, UM, UTHM, UPSI dan UPM.

Permohonan UiTM Sesi 2 2019 Lepasan SPM

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat permohonan:

1. Pastikan pemohon membeli No. Pin
    Unik ID UPU terlebih dahulu sebelum
    membuat permohonan.

1. Pemohon boleh layari Portal Rasmi UITM
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://online.uitm.edu.my/permohonan

3. Tekan butang HANTAR setelah selesai
    mengisi Borang Permohonan untuk
    memastikan permohonan anda adalah
    muktamad. Sekiranya butang HANTAR
    tidak ditekan, permohonan anda tidak
    diterima.

4. Anda hanya dibenarkan mengemaskini
    maklumat anda sebanyak 3 kali sahaja.
    Bagi menyemak dan mencetak borang
    permohonan anda, sila KLIK DI SINI.

Syarat Kemasukan Universiti Teknologi MARA

Berikut adalah syarat kemasukan Universiti Teknologi MARA (UITM):

◾Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh permohonan
◾Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia
◾Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon
◾Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
◾Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM
◾Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:
👉 Semakan Syarat Kelayakan UiTM

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pertanyaan Mengenai Permohonan (Proses pengambilan/ syarat program/ keputusan kemasukan)
Telefon: (+603) 5544 8067/ 3194/ 3196
Fax: (+603) 5543 8534 (Pejabat Am Bahagian Pengambilan Pelajar)

Selamat membuat permohonan UiTM ambilan Januari tahun 2019! Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UITM!

No comments

Powered by Blogger.