Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN

Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN|ADAKAH anda peminjam pinjaman PTPTN? Bagaimana cara membuat bayaran balik pinjaman
PTPTN melalui JomPay? Perhatian buat anda yang ingin membuat bayaran balik PTPTN melalui JomPay PTPTN. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan JomPay. Berikut dikongsikan cara bayaran balik PTPTN melalui JomPay PTPTN buat rujukan anda.

Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN

JomPay ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh mana-mana bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran secara online dan telefon mudah alih di Malaysia. Selain itu, perkhidmatan JomPay adalah percuma dan tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN1M-i/ SSPN1M-i Plus.

Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara bayaran balik pinjaman PTPTN melalui JomPay PTPTN:

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    PTPTN melalui pautan seperti berikut:
KLIK
👉 http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan
    tekan pada butang 'CARI'.

3. Kemudian, dapatkan Biller Code dan
    Ref-1 melalui Semakan JomPay.

Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN

4. Daftar masuk perbankan internet
> Pilih Bill Payment > Cari menu JomPay

5. Mulakan transaksi bayaran
> Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2

6. Masukkan jumlah bayaran yang anda
    mahukan dan Biller Nickname, contoh:
    JomPay PTPTN.

7. Klik pada 'Proceed to Payment'.

8. Masukkan No. TAC yang dihantar di
    screen anda dan klik pada butang
    'Confirm'.

9. Kemaskini sebagai favourites untuk
    bayaran seterusnya.

10. Tahniah! Anda berjaya membuat
      bayaran melalui perkhidmatan JomPay!

Info Penting:
*Ref-1 diperolehi dari Langkah No. 3
  manakala Ref-2 adalah No. Telefon anda
  terkini

Senarai Bank Menyediakan Perkhidmatan JomPay

Berikut adalah senarai bank menyediakan perkhidmatan JomPay:

Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN

Maklumat Penting Mengenai JomPay PTPTN

1. Biller Code (PTPTN)
◾ Bayaran Balik Pinjaman Ujrah - 34975
◾ Bayaran Balik Pinjaman Konvensional -
      96933
◾ Penambahan Deposit SSPN1M-i - 73197
◾Penambahan Deposit SSPN1M-i Plus - 
     99960
2. Ref-1 : No. Akaun Pinjaman anda
3. Ref-2 : No. Telefon anda terkini

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online

Cara Hubungi


Sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, sila hubungi di:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
Careline: 03 - 2193 3000
Faks: 03 - 2193 1263

Semoga perkongsian Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay PTPTN ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.