Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online|ADAKAH anda peminjam pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Sudahkah anda membuat bayaran balik pinjaman PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat bayaran balik PTPTN secara online. Berikut dikongsikan cara permohonan bayaran balik PTPTN melalui Direct Debit Online.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online

Mulai 14 April 2017, PTPTN telah memperkenalkan satu kaedah baharu membayar balik PTPTN secara online yang dikenali sebagai 'Direct Debit Online'. Dengan adanya kemudahan seperti ini, peminjam PTPTN tidak lagi perlu ke Pejabat PTPTN untuk mengisi borang. Selain itu, sistem Direct Debit Online bukan sahaja memudahkan kepada peminjam malah juga pendeposit SSPN-i.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara memohon dan syarat kelayakan permohonan Direct Debit Online:

1. Anda perlu daftar Direct Debit Online
    di DIRECT DEBIT.

2. Klik pada icon Permohonan Direct 
    Debit.

A) Permohonan Direct Debit Pinjaman
◾Klik mohon Direct Debit Pinjaman
◾Masukkan No. Kad Pengenalan. ◾Kemudian, klik link Penyata Pinjaman.

B) Permohonan Direct Debit SSPN-i
◾Klik mohon Direct Debit Deposit SSPN-i
◾Masukkan No. Pengenalan Pendeposit
◾Klik semakan penyata SSPN-i
◾Masukkan kata laluan
◾Setelah login penyata simpanan, klik
    Pendaftaran Direct Debit

Info:
Untuk membuka akaun SSPN-i, anda boleh klik : 👉 Buka Akaun SSPN-i

Syarat Permohonan Direct Debit Online PTPTN

Antara syarat permohonan direct debit online PTPTN adalah seperti berikut:

◾Permohonan Direct Debit bagi bayaran
     balik pinjaman atau deposit simpanan
     adalah untuk Akaun Pinjaman yang
     berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang
     masih aktif.

◾Amaun permohonan bagi bayaran balik
     mestilah sama atau melebihi ansurans
     bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit
     simpanan amaun minimum yang
     dibenarkan adalah RM20.

◾Akaun bank yang dipilih untuk
     perlaksanaan direct debit mestilah
     berstatus aktif.

Cara Melakukan Transaksi Direct Debit Online

◾Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan
    daripada bank-bank yang dinyatakan di
    atas dan berdaftar perkhidmatan
    perbankan elektronik.

◾Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran
     Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit
     SSPN-i di PTPTN.

◾Untuk bayaran balik pinjaman, anda
     perlu mengetahui jenis akaun pinjaman
     anda sama ada akaun Ujrah atau akaun
     pinjaman konvensional.

◾Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk
     semua jenis akaun pinjaman dan buat
     bayaran balik.

◾Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk
    semak baki simpanan dan penambahan.      deposit.

◾Transaksi yang berjaya akan
    dikemaskini penyata pinjaman atau
    simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Artikel Berkaitan:

👉 Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui JomPay

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, sila hubungi di:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
Careline: 03 - 2193 3000
Faks: 03 - 2193 1263

Selamat membuat permohonan Bayaran Balik PTPTN Direct Debit Online!

No comments

Powered by Blogger.