Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025 Online (Syarat Kemasukan)
Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025 Online (Syarat Kemasukan)|ADAKAH anda pelajar Tahun Enam (6)? Perhatian buat pelajar lepasan UPSR 2024 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) ambilan tahun 2025. Menerusi Portal Rasmi ASBF, permohonan Asrama Semai Bakti FELDA Tingkatan 1 2025 akan dibuka secara online pada 16 September 2024 hingga 16 Oktober 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025 Online buat rujukan anda.
Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025 Online (Syarat Kemasukan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Asrama Semai Bakti FELDA beserta syarat kemasukan dan tarikh penting:Tarikh Penting Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025
◾Tarikh Dibuka: 16 September 2024◾Tarikh Ditutup: 16 Oktober 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 http://asbfonline.felda.net.my
Lokasi Asrama
Terdapat 3 lokasi Asrama Semai Bakti di seluruh negara iaitu:
- Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur
- Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru
- Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang
Cara Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di https://forms.gle/XqGNwGVVvTLxRN2t7.2. Sila lengkapkan semua ruangan
butir-butir pilihan asrama dan pilihan tempat temuduga. Tanda *adalah medan wajib diisi!
3. Maklumat permohonan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR
Bahagian A : Maklumat Pemohon (Murid)
Bahagian B : Maklumat Peribadi Waris
Bahagian C : Pilihan Asrama Semai Bakti FELDA
Bahagian D : Maklumat Ko-Kokurikulum
Bahagian E : Pilihan Pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)
Bahagian F : Pengesahan Maklumat
Bahagian G : Muat turun borang pengesahan warga FELDA
4. Sila tekan butang "SUBMIT" untuk menghantar permohonan.
lengkap.
Syarat Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA 2025
1. Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA/Kumpulan FELDA.
2. Calon memohon secara dalam talian (online).
3. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF)
5. Calon yang tidak menduduki UKKP tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ASBF tahun 2025.
6. Calon yang lulus UKKP akan di panggil ke sesi Temuduga.
7. Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA (UKKP) dan Temuduga.
8. Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses.
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Asrama Bakti FELDA, sila hubungi di:Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-2191 2056 / 03-2191 2057 / 03-2191 2011 / 03-2191 2071
No Fax: +603-2191 2593
Emel: edu.unit@felda.net.my
Selamat membuat Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2025 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Asrama Semai Bakti FELDA!
Post a Comment