Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2024 Online

Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2024 Online|ADAKAH anda peminjam pinjaman pelajaran MARA? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA tahun 2024. Untuk makluman anda, kini permohonan pengurangan Pinjaman MARA 2024 boleh dibuat secara online melalui laman sesawang eConversion. Berikut dikongsikan Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2024 Online


Sedia maklum, MARA ada menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar Bumiputera yang melanjutkan pengajian di peringkat Persediaan Ijazah Pertama hingga ke peringkat Ijazah Tertinggi (PhD) di dalam dan luar negara.

Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan pengurangan pinjaman MARA termasuk syarat kelayakan permohonan beserta kadar pengurangan:

Cara Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

1. Pemohon perlu layari eConversion secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://econversion.mara.gov.my/index.php?mtd=signin

2. Klik pada ikon 'Log Masuk'. Pemohon perlu masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan di sistem e-baki.

3. Pastikan semua maklumat yang diisi dengan betul dan lengkap sebelum hantar.

4. Pengguna perlu klik pada ‘upload dokumen’ untuk ke skrin seterusnya iaitu skrin upload pengguna.

5. Pengguna perlu memuatnaik dokumen seperti skrol dan transkrip. Pastikan dokumen-dokumen yang dimuatnaik perlulah dalam bentuk format jpg, jpeg, png, gif atau pdf sahaja.

6. Bagi melengkapkan proses permohonan pemohon perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion dengan menekan butang ‘upload’.

7. Pengguna perlu melengkapkan tarikh bayaran dan no rujukan atau no resit. Klik pada butang ‘choose file’ untuk memilih fail di storan dan klik butang ‘upload’ untuk memuatnaik fail tersebut.

8. Permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak BKK. Pengguna boleh membuat semakan status dengan melihat icon ‘status’ dan panduan status.

Syarat Kelayakan Pengurangan Pinjaman MARA 2024

Antara syarat kelayakan permohonan pengurangan pinjaman MARA adalah seperti berikut:

1. Kelayakan Memohon :
a) Pelajar lulus pengajian yang diikuti di
     bawah Tajaan MARA

2. Dokumen yang perlukan untuk
    permohonan :
a) Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd
    (disahkan benar)
b) Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan
     benar)
     Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd
     disahkan benar oleh Pegawai
     Kerajaan atau Badan Berkanun
     Kumpulan A dan Penghulu/Pengerusi
     Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan
     Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa
     Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai
     Dalam Perkhidmatan Perundangan &
     Kehakiman seperti Majistret/Peguam.

3. Pemohon perlu membuat bayaran
    komitmen RM300 atas akaun Pinjaman
    Pelajaran MARA (bukti pembayaran
    perlu disertakan).

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak
    akan diproses.

5. Sebarang pembayaran yang telah dibuat
    sebelum Pengurangan Pinjaman
    Pelajaran diluluskan tidak akan
    dikembalikan (bagi peminjam yang tidak
    memohon. Pengurangan dalam tempoh
    yang ditetapkan seperti yang dinyatakan
    pada Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran
    MARA).

6. Kelulusan Rasmi Permohonan
    Pengurangan boleh disemak melalui
    sistem e-baki di url
    http://apps.mara.gov.my/ebakiv2.

Kadar Pengurangan Pointer Pinjaman MARA Tahun 2024

◾3.5 above - Bayaran balik 15% dari total pinjaman
◾3.0 – 3.49 - Bayaran balik 20% dari total pinjaman
◾2.5 – 2.99 - Bayaran balik 25% dari total pinjaman
◾2.0 – 2.49 - Bayaran balik 30% dari total pinjaman

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa MARA
👉 Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki)

Selamat membuat Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA tahun 2024 secara online!

9 comments:

  1. Kadar pinjaman pelajaran balik tu yang paling latest dah ke utk tahun 2020 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu x pasti.. saya rasa betul kot.. sbb saya dpt 3.81 cgpa kene bayar 15% :)

      Delete
  2. Klau ada tunggakan mmg kena settle dulu ke bru apply? Sbb dlu apply status gagal erm..

    ReplyDelete
  3. betul ke kalau dah lulus pengurangan kena pergi pejabat MARA untuk sign document?

    ReplyDelete
  4. Kalau dah start kena bayar balik pinjaman, baru nak apply permohonan pengurangan bayar balik boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saya pun apply lepas dah start kena bayar

      Delete
  5. Kalau bayaran balik dah kena start bayar, pastu baru nak mohon permohonan pengurangan bayaran ni boleh lagi ke?

    ReplyDelete
  6. Bila waktu yg paling tepat utk apply pengurangan bayaran balik ni ya? Lepas dapat result utk whole sem ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, bila dah dapat sijil and transkrip boleh terus apply.

      Delete

Powered by Blogger.