Semakan Baki Pinjaman MARA 2024 Online (e-Baki)
Semakan Baki Pinjaman MARA 2024 Online (e-Baki)|ADAKAH anda peminjam biasiswa MARA? Perhatian buat anda yang telah membuat permohonan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun 2024. Menerusi Portal Rasmi MARA, kini terdapat satu sistem yang dikenali sebagai e-Baki yang menyediakan kemudahan membolehkan pengguna menyemak baki biasiswa/ pinjaman MARA secara online. Berikut dikongsikan cara semakan baki pinjaman MARA 2024 online buat rujukan anda.
Semakan Baki Pinjaman MARA 2024 Online (e-Baki)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan baki pinjaman MARA melalui Aplikasi e-Baki:Cara Semakan Baki Pinjaman MARA Online
1. Layari laman web e-Baki MARA secara online menerusi pautan di https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Pengguna Baru.’
3. Masukkan nombor kad Pengenalan dan klik pada butang ‘Cari.’
4. Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal e-Baki MARA menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Senarai Perkhidmatan & Akses e-Baki MARA
Menerusi e-Baki MARA, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan dan akses terhadap perkara berikut:
- Penyata baki pinjaman pendidikan
- Penyata pinjaman pendidikan
- Permohonan pengurangan pinjaman pelajaran
- Permohonan emoratorium
- Pembayaran pinjaman pendidikan
Nota:
*Untuk mendapatkan maklumat mengenai soalan lazim e-Baki, sila klik pautan DISINI.
Artikel Berkaitan:
👉 Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA 2022Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan sistem e-Baki MARA, sila layari laman web https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.Selamat membuat Semakan Baki Pinjaman MARA Tahun 2024 secara online!
Post a Comment