Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2020 Online

Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2020 Online|ANDA ingin mendaftar anak-anak kemasukan ke Prasekolah KPM 2020? Bilakah tarikh permohonan Prasekolah sesi 2020 dibuka? Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke Prasekolah. Untuk makluman anda, pendaftaran Prasekolah KPM sesi 2020 telah dibuka secara online mulai 1 Mac hingga 30 April 2019. Bagi pendaftaran secara manual, tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2019.

Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2019 Online

Sedia maklum, permohonan secara online melalui aplikasi ePrasekolah boleh dibuat bagi yang berada di Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi pemohon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat permohonan secara manual.

Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi pendaftaran serta syarat kelayakan:

◾ Tarikh Permohonan:
👉 1 Mac hingga 30 April 2019 (Secara
      Online)
👉 1 Mac hingga 31 Mei 2019 (Manual)
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 ePrasekolah

Cara Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2020

A. Secara Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    ePrasekolah melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK: 👉 ePrasekolah

2. Login menggunakan No. Kad 
    Pengenalan dan Kata Laluan yang
    didaftarkan.

3. Isikan maklumat borang pendaftaran
    seperti maklumat prasekolah/tadika,
    profil kesihatan dan rekod imunisasi
    anak.

4. Selepas itu, cetak borang yang telah
    lengkap diisi bersama dokumen yang
    diperlukan.

5. Ibu bapa perlu membawa cetakan
    borang permohonan dan dihantar ke
    sekolah beserta dokumen-dokumen
    penting.

B. Secara Manual

Tempoh permohonan secara manual adalah dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018. Ibu bapa atau penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah / institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan perlu lengkap diisi beserta dokumen-dokumen penting dan dihantar ke sekolah yang dipohon.

Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah 2020

Antara syarat kelayakan permohonan ePrasekolah KPM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari
    2013 hingga 15 Januari 2015 hanya layak
    memohon.

Semakan Pendaftaran Prasekolah Sesi 2020 Online

Semakan keputusan pendaftaran ePrasekolah kebiasaannya boleh dibuat secara online sekitar bulan Julai atau Ogos. Bagi permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan serahkan borang di sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.

Selamat membuat pendaftaran ePrasekolah KPM sesi 2020! Semoga anda berjaya dalam permohonan ePrasekolah!

No comments

Powered by Blogger.