Permohonan Diploma PPUM 2024 Online (Syarat Kemasukan)
Sedia maklum, terdapat TIGA (3) program yang ditawarkan di Diploma PPUM seperti Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Maklumat Perubatan. Calon dikehendaki memilih salah satu daripada TIGA program yang ditawarkan.
Permohonan Diploma PPUM 2024 Online (Syarat Kemasukan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Diploma PPUM beserta syarat kemasukan dan tarikh penting:Tarikh Penting Permohonan Diploma PPUM 2024
◾Tarikh Permohonan: 11 Mac 2024 - 26 Jun 2024◾Tarikh Pendaftaran: 1 September 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://spp.ummc.edu.my/menuprogram.asp
Syarat Kemasukan Diploma PPUM 2024
Antara syarat kelayakan permohonan Program Diploma PPUM adalah seperti berikut:1. Pemohon warganegara yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/ MyKad yang berumur 18 hingga 25 tahun (Bujang) ingin mengikuti program pengajian Diploma di Universiti Malaya hendaklah memenuhi keperluan berikut:
◾Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat gred C dan ke atas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan lulus mata pelajaran Sejarah; dan
◾Bagi Program Diploma Kejururawatan memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains atau Biologi; atau
◾Bagi Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan memperolehi gred C dan ke atas dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi; atau
◾Bagi Program Diploma Radiografi memperolehi gred C dan ke atas dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi.
B. SYARAT-SYARAT LAIN
1. Pemohon perlu mengesahkan penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti. Tempoh sah laku tawaran kemasukan adalah sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen tawaran kemasukan. Selepas tempoh berkenaan, tawaran tersebut adalah luput sekiranya calon gagal melapor diri.
2. Calon perlu sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti program pengajian.
Cara Permohonan Diploma PPUM 2024 Online
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://spp.ummc.edu.my/menuprogram.asp.
2. Pemohon perlulah membeli No.Pin ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 mulai 11 Mac 2024.
3. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan No.Pin ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
4. No.Pin ID PPUM akan digunakan untuk semakan panggilan temuduga (Program Diploma Kejururawatan sahaja) melalui spp.ummc.edu.my.
5. Keputusan permohonan akan diumumkan mulai 25 Jun 2024 kepada calon yang telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temuduga.
6. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan MAKLUMAT YANG BETUL DAN LENGKAP. Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.
7. Maklumat lanjut berkenaan Program Diploma yang ditawarkan oleh Kolej Sains Kesihatan, sila layari di www.ummc.edu.my/cohes.
8. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Maklumat Pembiayaan / Penajaan
Calon boleh memohon pembiayaan pengajian melalui PTPTN atau lain-lain badan penaja.
Iklan Kemasukan Diploma PPUM Sesi 2024
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Diploma PPUM, sila hubungi di:No. Telefon Pejabat: 03-2028 7071 / 03-2028 7047 / 03-2028 7077 / 03-2028 7010 / 03-2028 7070 / 03-20287095
E-mel: ksk@ummc.edu.my
Post a Comment