Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket

Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket|ADAKAH anda telah membuat permohonan kemasukan ke UPU sesi 2019/2020? Perhatian buat pemohon yang membuat permohonan UPU 2019 ke IPTA/UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2019/2020. Menerusi Portal Rasmi UPU, semakan keputusan UPU 2019 boleh dibuat mulai 5 hingga 12 Mei 2019 bagi lepasan SPM/setaraf melalui aplikasi UPUPocket.

Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket

UPUPocket merupakan satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Aplikasi UPUPocket ini bertujuan membantu pemohon dan ibu bapa dalam mendapatkan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke UA dan IPTA.

Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan UPU melalui aplikasi UPUPocket:

1. Bagi yang ingin membuat semakan
    keputusan UPU melalui aplikasi
    UPUPocket, anda kini boleh muat turun
    menerusi Google Play bagi Android dan
    App Store bagi iOS dan boleh muat turun
    melalui https://www.upu.mohe.gov.my

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata
    Laluan yang disahkan diruangan
    disediakan.

Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPUPocket

Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi di talian helpline 03 - 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Selamat membuat semakan keputusan UPU melalui aplikasi UPUPocket! Semoga anda berjaya mendapat tawaran UPU!

No comments

Powered by Blogger.