Cara Pembayaran Yuran Pendaftaran UiTM

Cara Pembayaran Yuran Pendaftaran UiTM|PANDUAN buat pelajar UiTM yang ingin ketahui cara pembayaran yuran pengajian UiTM. Bagaimana cara membuat pembayaran yuran pengajian UiTM dengan mudah? Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara untuk membuat pembayaran yuran pengajian bagi pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ingin atau sedang menuntut pengajian di UiTM. Berikut dikongsikan cara membayar yuran pengajian UiTM melalui TIGA (3) kaedah buat rujukan anda.

Cara Pembayaran Yuran Pendaftaran UiTM

Terdapat TIGA (3) cara untuk membuat pembayaran yuran pengajian UiTM iaitu melalui kaunter Bank Islam, ATM Machine dan perbankan internet. Sebelum anda membuat pembayaran, pastikan anda menyemak dahulu yuran pengajian terlebih dahulu di student portal melalui pautan DISINI.

Cara Pembayaran Yuran Pendaftaran UiTM

Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara atau panduan membayar yuran pengajian UiTM melalui TIGA (3) kaedah iaitu:

A. Melalui Kaunter Bank Islam

1. Pemohon perlu layari melalui pautan
    di Student Portal.

2. Masukkan Nombor Pelajar pada
    ruangan disediakan.

3. Klik pada butang 'Bil Pelajar' dibahagian
    'Maklumat Bil'.

4. Kemudian, cetak bil tersebut dan buat
    bayaran di kaunter Bank Islam.

B. Melalui ATM Machine

1. Pertama kali, masukkan kad dan pin
    keselamatan.

2. Pilih Menu > klik Lain > klik 
    Pembayaran Bil / Yuran IPT

3. Kemudian, masukkan No. Kad
    Pengenalan pelajar.

4. Pilih bil yang perlu dibayar dan simpan
    slip untuk rujukan.

C. Melalui Perbankan Internet

1. Pemohon perlu layari melalui pautan
    di https://www.bankislam.biz/.

2. Klik 'Internet Banking Login'.

3. Masukkan User ID (Username) dan klik
    Login.

4. Kemudian, masukkan Password dan klik
    Login.

5. Pilih Bill Payment dan klik Bill 
    Presentment.

6. Pilih Universiti Teknologi MARA pada
    bahagian senarai perkhidmatan.

7. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar
    dan klik 'Next'.

8. Pilih Bil yang hendak dibayar dan klik
    'Pay'.

9. Pilih sumber akaun untuk membuat
    pembayaran dan klik 'Pay' untuk
    meneruskan pembayaran.

10. Request IAC Number dan masukkan
      IAC Number. Kemudian, klik 'Confirm'.

11. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

Semoga perkongsian Cara Pembayaran Yuran Pengajian UiTM ini dijadikan rujukan buat semua pelajar UiTM!

No comments

Powered by Blogger.