Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam negara ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2024 sehingga 21 Ogos 2024 menerusi laman sesawang https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, MyBrain 2.0 merupakan biasiswa yang diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Pemilihan bidang adalah terdiri daripada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta bidang Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas. Program ini merupakan salah satu inisiatif KPT untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan sekali gus meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara. Penajaan ini juga bertujuan menyumbang kepada kesediaan kemajuan kerjaya dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup graduan. Selain itu, program MyBrain 2.0 merupakan satu cabang motivasi kepada IPTS dalam usaha menyediakan pensyarah-pensyarah berkompetensi dengan matlamat meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.

Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 serta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan;

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024

◾Tarikh Dibuka: 1 Ogos 2024
◾Tarikh Ditutup: 21 Ogos 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/

Elemen Tajaan

Penajaan ini merangkumi perkara-perkara berikut:

- Yuran pengajian
- Elaun sara hidup


Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi penajaan ini adalah seperti berikut:

- Orang awam yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap; dan
- Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).


Syarat Kelayakan Program MyBrain 2.0 Tahun 2024

1. Pemohon mestilah:
– Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
– Pensyarah IPTS terpilih.

2. Warganegara Malaysia dengan had umur pada tahun permohonan seperti berikut:

◾Orang Awam Tidak Bekerja/ Berpendapatan Tetap

- Ijazah Sarjana, 28 tahun

- Ijazah Kedoktoran (PhD), 35 tahun

◾Pensyarah IPTS

- Ijazah Sarjana, 35 tahun

- Ijazah Kedoktoran (PhD), 45 tahun

3. Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan/biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran/elaun pembantu penyelidik siswazah/pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah biasiswa.

4. Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini.

5. Telah menerima surat tawaran penuh/tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih.

6. Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2024/2025;

7. Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan.

8. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik.

9. Pemohon dan ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak kerajaan.


Cara Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online

A. Permohonan

1. Permohonan Program Penajaan MyBrain 2.0 boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/.

B. Temu Duga & Ujian Psikometrik

1. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.

C. Penawaran

1. Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.

Permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 2024 Online (Semakan Keputusan)

Semakan Keputusan Biasiswa MyBrain 2.0 2024

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan MyBrain 2.0 Secara Online:

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program MyBrain 2.0, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/.

Selamat membuat permohonan Biasiswa MyBrain 2.0 tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.