Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong bagi pengajian tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 boleh dibuat secara online mulai 4 Mac 2024 hingga 29 Mac 2024 menerusi Laman Web Rasmi JPA.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019/2020

Sedia maklum, biasiswa berprestij tinggi ini bagi mengikuti pengajian di peringkat sarjana (penyelidikan) atau doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam dan kecerdasan buatan (AI) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi cara permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 Online

1. Pemohon boleh memohon secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan

2. Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024 sama ada melalui serahan tangan atau pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Nota: 
Dokumen permohonan yang lengkap daripada penjawat awam hendaklah dikemukakan oleh urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)3 setelah diperakukan oleh PPSM masing-masing. Urus setia PPSM hendaklah 
mengemukakan pencalonan kepada pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024

Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2024

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Biasiswa Yang Dipertuan Agong Tahun 2024:

A. SYARAT UMUM

- Mestilah warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2024

B. SYARAT KHUSUS 

- Keputusan akademik yang cemerlang iaitu mendapat nilai gred kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama bagi ijazah sarjana muda bagi calon sarjana.

- Manakala untuk calon PhD pula, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana mereka perlu  diiktiraf oleh kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.

- Pemohon yang telah mendapat tawaran tanpa syarat atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi mengikut bidang pengajian masing-masing.

- Pengajian bagi peringkat sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja dan pemohon perlulah bergiat aktif dalam kokurikulum dan terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi.

Senarai Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:

(i) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
(ii) Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
(iii) Ekonomi
(iv) Undang-Undang
(v) Kewangan Islam
 

Semakan Keputusan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2024

1. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan temu duga bagi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 boleh disemak bermula menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=AGNG.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BYDPA, sila layari Laman Web di https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3053/3879 pada setiap hari bekerja (9 pagi hingga 5 petang) atau emel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.  

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong!

No comments

Powered by Blogger.