Permohonan Insentif Harapan Siswa 2022 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2022 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda penuntut IPTA & IPTS? Perhatian buat warga negeri Johor yang ingin membuat permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor tahun 2022. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor, permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor 2022 boleh dibuat secara online mulai bulan Julai 2021. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Insentif Harapan Siswa Johor 2022 buat rujukan anda.

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online

Permohonan ini terbuka buat pemohon yang mendapat tawaran pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS.

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2022 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi cara permohonan Insentif Harapan Siswa beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Insentif Harapan Siswa 2022 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi YPJ
secara online di http://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/.

2. Pastikan maklumat borang permohonan diisi dengan betul dan lengkap.

Syarat Kelayakan Insentif Harapan Siswa 2022

Antara syarat am kelayakan Insentif Harapan Siswa YPJ adalah seperti berikut:

◾Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
◾Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
◾Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
◾Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
◾Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
◾Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
◾Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
◾Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen penting yang diperlukan:

◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
◾Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
◾Salinan Kad Pengenalan Pelajar
◾Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
◾Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
◾Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
◾Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Jumlah Bantuan Insentif Harapan Siswa YPJ

◾Diploma: RM 500
◾Ijazah Sarjana Muda: RM 100

Semakan Keputusan Insentif Harapan Siswa 2022 Online

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Pinjaman YPJ 2022

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Insentif Harapan Siswa, sila hubungi di:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Faks: 07-2344434
Email: info@ypj.gov.my

Selamat membuat permohonan Insentif Harapan Siswa tahun 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.