Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda ingin memohon bantuan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian di dalam dan luar negara? Berita baik buat anda pelajar Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024 boleh dibuat secara online mulai 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 menerusi Portal Rasmi BNM. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024 Online buat rujukan anda.
Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda Bank Negara Malaysia beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan;Syarat Kelayakan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin mohon adalah seperti berikut:
A. Biasiswa Kijang
- Keputusan peperiksaan yang cemerlang: ◾Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2024.
B. Biasiswa Sarjana Muda
- Keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
◾STPM/A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
◾Diploma/Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
◾Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%
◾American Foundation Program: SAT sekurang-kurangnya 1,200 markah
Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini.
- SPM: Sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2024.
- Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh Bank.
Cara Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2024 Online
1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi BNM secara online melalui pautan di bnm.my/scholarships.2. Kemudian, klik butang ‘Scholarship Application System.’
3. Pilih biasiswa yang ingin dipohon. Klik pada butang ‘Apply Now.’
4. Klik butang "Register". Isikan nama penuh dan email diikuti dengan butang ‘Register.’
5. Login semula dengan menggunakan Username dan Password yang disahkan.
6. Seterusnya, isikan semua butiran maklumat permohonan dengan lengkap. Hantar permohonan anda setelah semua maklumat siap diisi.
Keterikatan Dengan Bank
1. Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah 1 tahun pengajian bersamaan dengan 2 tahun tempoh perkhidmatan di Bank.
2. Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu untuk penilaian.
Semakan Keputusan Biasiswa Bank Negara Malaysia 2024
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda, sila layari laman web BNM di https://www.bnm.gov.my/careers/scholarshipsSelamat membuat Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa BNM!
Post a Comment