Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda berminat membuat permohonan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa? Berita baik buat anda pelajar lepasan Diploma/ STPM/ Matrikulasi yang ingin membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2024 bakal dibuka mulai 8 Februari 2024 hingga 8 April 2024 menerusi Portal Rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 Online (Semakan Keputusan)


Sedia maklum, biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Tujuan biasiswa ini diwujudkan adalah memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS tempatan dalam negara.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman beserta syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://www.yayasantar.org.my/.

2. Kemudian, kik butang "Apply Now". Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.

3. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

- Salinan kad pengenalan.
- Salinan keputusan Pra-U atau semester terkini.
- Surat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).
- Bukti pendapatan seperti penyata pendapatan atau slip cukai pendapatan atau slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) atau penyata akaun bank.
- Surat Sokongan/Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).

Syarat Kelayakan Permohonan BTAR 2024

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pemohon seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
3. Telah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.
4. Keutamaan diberikan kepada:
- Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
- Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman.
- Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.

Kadar Biasiswa

- Kadar biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.

Semakan Keputusan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 Online

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BTAR 2024, sila layari laman web www.yayasantar.org.my atau hubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman di talian 03 - 2283 6063

Selamat membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa BTAR!

No comments

Powered by Blogger.