Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2023 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda ingin memohon bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa untuk melanjutkan pengajian? Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Khazanah Watan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2023 boleh dibuat secara online mulai 1 hingga 15 Jun 2023 melalui Laman Web Khazanah. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Biasiswa Khazanah Watan merupakan anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Siswazah di universiti tempatan terkemuka terpilih.
Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Biasiswa Khazanah Watan beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan Keputusan:Cara Permohonan Biasiswa Khazanah Watan 2023 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan di https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-watan-scholarship-programme.2. Klik pada butang "Apply Now".
3. Isikan maklumat borang permohonan yang diminta dengan lengkap.
Syarat Kelayakan Biasiswa Khazanah Watan 2023
Antara syarat kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah adalah seperti berikut:A. Syarat Umum
Mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, sosial atau sukarela.
B. Syarat Akademik
Pemohon mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti berikut:
◾Untuk Pengajian Asasi:
- Mendapat sekurang-kurangnya 8A (gabungan A+ dan A) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE baru-baru ini.
- Mendapat A atau A+ dalam mata pelajaran teras berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.
- Berumur tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian asas.
- Mendapat kemasukan untuk melanjutkan pelajaran atau sedang dalam semester pertama Program Asasi di universiti yang diluluskan Yayasan Khazanah di Malaysia.
◾Untuk Sarjana Muda (Ijazah Sarjana Muda):
- Mendapat kemasukan untuk melanjutkan pelajaran (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) atau kini dalam tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana senarai universiti yang diluluskan oleh Yayasan Khazanah.
- Mendapat sekurang-kurangnya:
*3A STPM; atau
*"Jayyid Jidan” untuk STAM; atau
*3A Program GCE A-Level; atau
*PNGK 3.50/4.00 untuk Pra-universiti atau Diploma atau Program Asasi atau Matrikulasi; atau
*35 mata untuk Program Diploma Antarabangsa Baccalaureate (IB);
*DAN sekurang-kurangnya 3.500 / 4.00 dalam peperiksaan semester bagi mereka yang kini berada di tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana senarai universiti kami yang diluluskan.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda.
Semakan Keputusan Biasiswa Khazanah Watan 2023 Online
Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Khazanah Watan tahun 2023:
*Akan dikemaskini
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Khazanah Watan, sila hubungi di talian +03 - 5870 4333 atau emelkan ke alamat yk@yayasankhazanah.com.mySelamat membuat Permohonan Biasiswa Khazanah Watan tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Khazanah Watan!
Post a Comment