Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Penajaan Nasional JPA tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar Lepasan SPM Tahun 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA tahun 2024. Untuk makluman anda, Program Penajaan Nasional JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 29 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 melalui Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2024 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi PPN Tahun 2024, pelajar diberi ruang untuk memilih bidang pengajian (terbuka) kecuali bidang-bidang yang tidak ditaja, tertakluk kepada kursus/ program yang ditawarkan oleh universiti bagi tahun kemasukan pelajar. 

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan PPN JPA Tahun 2024

◾ Tarikh Dibuka: 29 Mei 2024
◾ Tarikh Ditutup: 9 Jun 2024

Cara Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi JPA secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPN

2. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

4. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 29 Mei 2024 (Rabu), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan.

5. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

6. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP & IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Syarat Kelayakan Program Penajaan Nasional JPA 2024

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Biasiswa JPA PPN adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ubu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
(iv) Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
(v) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus

1. Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Bahasa Inggeris;
- Matematik;
- Sejarah
- Matematik Tambahan;
- Fizik;
- Kimia;
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/ 
- Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ AlSyariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat AlIslamiah; dan
- Satu (1) mata pelajaran lain; 
DAN JIKA ADA
2. Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain

Semakan Keputusan Program Penajaan Nasional (PPN) 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2024:

1. Keputusan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada bulan Ogos 2024.

2. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel lepasanspm2024@jpa.gov.my (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja). 

KLIK 👉 Soalan Lazim PPN JPA

Selamat membuat permohonan Program Penajaan Nasional JPA Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa PPN JPA!

No comments

Powered by Blogger.