Semakan Tawaran WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)

Semakan Tawaran WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Perhatian buat anda peminjam WPP yang ingin membuat semakan status permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan tawaran WPP PTPTN 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi PTPTN atau Aplikasi myPTPTN dan boleh menunaikannya di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara.

Semakan WPP PTPTN 2019 Online

Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pemotongan sebanyak RM500.00 dilakukan setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik. Sejak WPP diperkenalkan pada tahun 1999 hingga 31 Ogos 2024, seramai 980,120 pelajar telah menerima manfaat inisiatif tersebut dengan peruntukan berjumlah RM1.45 bilion. Pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA dengan syarat perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang boleh dibuka melalui aplikasi berkenaan.

Semakan Tawaran WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan Cara Semakan Keputusan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN termasuk cara menunaikan:

Cara Semakan Tawaran WPP PTPTN 2024 Online

1. Sekiranya anda layak, WPP PTPTN boleh ditunaikan di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa beberapa dokumen seperti berikut:
◾Surat tawaran WPP yang boleh dicetak secara online di Portal Rasmi PTPTN atau menerusi Aplikasi MyPTPTN
◾MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan)

2. Semakan tawaran WPP PTPTN boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.

3. Log masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan dan klik butang kanta di sebelah kotak No Kad Pengenalan.

4. Status tawaran WPP PTPTN akan dipaparkan di screen anda.

Semakan Tawaran WPP PTPTN 2024 Online (Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500)

Cara Menunaikan WPP PTPTN

1. Pelajar hanya perlu membawa bersama cetakan surat tawaran WPP dan juga MyKad pelajar dengan tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan iaitu mulai 24 September 2024 hingga 23 November 2024.

Tempoh Sahlaku WPP PTPTN 2024

1. Tempoh sahlaku WPP PTPTN tahun 2024 adalah selama 2 bulan bermula 24 September 2024 hingga 23 November 2024.

Syarat Pemberian WPP PTPTN

Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang layak seperti berikut:

1. Telah memberi persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau kemasukan IPTA
2. Ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
3. Memenuhi kriteria yang ditetapkan
4. Para pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya
5. Pelajar yang ingin memohon PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Tarikh Kemasukan Duit PTPTN
👉 Permohonan WPP PTPTN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan WPP PTPTN, sila hubungi pihak PTPTN di talian 03 - 2193 3000 atau layari Portal Rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my atau menerusi Aplikasi MyPTPTN.

Selamat membuat Semakan Keputusan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.