Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online (Semakan Keputusan)|BERITA baik buat anda Lepasan SPM tahun 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa B40 JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 5 Ogos 2024 hingga tarikh tutup 18 Ogos 2024 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40). Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2023 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
Permohonan Program Dermasiswa B40 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Dermasiswa B40 JPA beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:Tarikh Penting Permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2024
◾Tarikh Permohonan: 5 Ogos 2024 (Isnin) jam 2.00 petang hingga 18 Ogos 2024 (Ahad) jam 5.00 petang
◾Aplikasi Permohonan:
Cara Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2024 Online
1. Permohonan Program Dermasiswa B40 boleh dibuat dalam talian di laman sesawang JPA iaitu https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW.2. Klik pada butang "Daftar" untuk pendaftaran buat kali pertama.
3. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diminta dengan lengkap.
Syarat Kelayakan Program Dermasiswa B40 2024
Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai kesihatan yang baik.
3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
4. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
6. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
7. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM5249.00 sebulan dan ke bawah.
Semakan Keputusan Dermasiswa B40 JPA 2024 Online
1. Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang JPA http://esilav2.jpa.gov.my pada bulan Oktober 2024.Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).Selamat membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa B40 JPA!
Post a Comment