Permohonan SMAN Pahang 2024 Tingkatan 1 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan SMAN Pahang 2024 Tingkatan 1 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di SMA Pahang? Perhatian buat pelajar Tahun Enam lepasan UPSR tahun 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Pahang (SMAN) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan SMA Pahang 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 15 November 2023 hingga 14 Disember 2023 menerusi Portal Rasmi SMA Pahang. Berikut dikongsikan Permohonan SMA Pahang 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan SMAN Pahang 2020 Tingkatan 1 Online

Permohonan SMAN Pahang 2024 Tingkatan 1 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SMAN Pahang Tingkatan 1 beserta tarikh penting, syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan SMA Pahang 2024

◾Tarikh Permohonan: 15 November 2023 hingga 14 Disember 2023
◾Aplikasi Permohonan: 👉 https://esma.pahang.gov.my/

Cara Permohonan SMA Pahang 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi SMAN Pahang menerusi pautan di https://esma.pahang.gov.my/.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik pada butang "Hantar".

3. Permohonan yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk temu uji dalam perkara-perkara berikut;

a) Membaca Al-Quran
b) Menulis dan membaca jawi; dan
c) Pengetahuan Agama Islam.
d) Ujian Bertulis seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains

4. Pemohon yang berjaya hendaklah membawa slip keputusan tawaran ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang yang ditawarkan. Keputusan penempatan adalah MUKTAMAD.

Syarat Kemasukan SMAN Pahang 2024

Antara syarat kemasukan SMAN Pahang adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Beragama Islam
◾Anak Negeri Pahang Darul Makmur
◾Tamat Tahun 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Setaraf dengannya

Tarikh Penting Kemasukan SMAN Pahang 2024

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan SMAN Pahang sesi 2024:

*Akan dikemaskini

Semakan Keputusan SMAN Pahang 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan SMA Pahang tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan SMA Pahang, sila hubungi di:

Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang
No. Tel: 09 - 4211111
Emel: pendidikanjaip@pahang.gov.my

Selamat membuat permohonan SMAN Pahang 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SMA Pahang!

No comments

Powered by Blogger.