Login APDM 2025 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
Login APDM 2025 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)|BAGAIMANA cara login masuk sistem APDM? Anda ingin kemaskini maklumat APDM tahun 2025 secara online? Perhatian buat anda para pelajar dan guru yang ingin ketahui cara login, kemaskini dan daftar akaun Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tahun 2025. Berikut dikongsikan Cara Login APDM 2025 Online buat panduan anda.
Untuk makluman anda, Aplikasi Pangkalan Data Murid atau mudah dikenali sebagai APDM merupakan satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelakkan guru-guru daripada mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online.
Untuk makluman anda, Aplikasi Pangkalan Data Murid atau mudah dikenali sebagai APDM merupakan satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelakkan guru-guru daripada mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online.
Login APDM 2025 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login APDM 2025 secara online termasuk daftar dan kemaskini APDM:Cara Daftar APDM 2025 Online
Berikut dikongsikan Cara Daftar Akaun APDM 2025 Online:
1. Login Portal Rasmi APDM
- Untuk memulakan akses ke sistem APDM, layari Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online menerusi pautan di http://apdm.moe.gov.my
2. Login Dengan ID Yang Diberikan
- Di bahagian kiri laman sesawang, login APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan.
◾ID Pengguna: Kod sekolah
(Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Sebagai contohnya, ABC1234)
◾Kata Laluan: ******
(Kata laluan adalah default password yang diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah.)
3. Tukar Kata Laluan
- Admin sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.
4. Login Semula
- Selepas menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan ID pengguna yang baru beserta kata laluan yang telah ditetapkan.
5. Login APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan, tekan butang "HANTAR".
Kepentingan Sistem APDM KPM
- Sistem ini merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertindak sebagai pangkalan untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid.
- Sistem ini sangat praktikal dalam mengendalikan data murid di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri JPN.
Cara Login Masuk APDM 2025 Online
Berikut dikongsikan Cara Login Masuk APDM 2025 secara online:
KLIK 👉 https://apdm.moe.gov.my/
2. Kemudian, log masuk APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.
3. Klik pada butang 'Masuk' dan isikan maklumat kehadiran murid.
Cara Kemaskini APDM 2025 (Maklumat Sekolah)
1. Admin sekolah perlu sentiasa mengemaskini maklumat sekolah yang dalam APDM kepada yang terkini supaya dapat digunakan dari semasa ke semasa.
2. Untuk panduan sebarang maklumat sekolah, dan bagi melihat manual penggunaan data murid boleh terus ke laman sesawang https://apdm.moe.gov.my/panduan/TETAPAN_SUBJEK_TERKINI_3.pdf
Cara Kemaskini APDM Maklumat Murid 2025
1. Guru kelas perlu log masuk dengan menggunakan maklumat log masuk guru kelas. (bertujuan untuk semak sama ada nama murid yang ingin disemak terdapat dalam maklumat murid bukan warga)
2. Kemudian, pilih nama murid yang berkenaan. Klik pada kemaskini No KP untuk membetulkan ralat pada maklumat tersebut.
3. Masukkan No Kad Pengenalan yang betul.
Fungsi Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
Berikut adalah fungsi-fungsi sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid:1. Boleh membuat pendaftaran kelas baru bagi kemasukan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
2. Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
3. Menyemak maklumat murid jika ada perubahan.
4. Melakukan pindahan kelas.
5. Mengesahkan semua maklumat murid.
Soalan Lazim APDM (FAQ)
1. Bila Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid?
Dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam APDM adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.
2. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sedia ada?
Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
3. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa kata laluan?
Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset katalaluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sediada kepada default password.
*Maklumat lanjut tentang FAQ APDM sila ke laman DISINI.
Artikel Berkaitan:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan APDM, boleh terus hubungi di:-BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, Aras 3 & 4, Blok E2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Semoga perkongsian Cara Login APDM Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment