Cara Kira Merit Matrikulasi 2024 Lepasan SPM/ Setaraf
Cara Kira Merit Matrikulasi 2024 Lepasan SPM/ Setaraf|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Matrikulasi? Apakah syarat kemasukan dan kiraan merit terkini ke Program Matrikulasi bagi tahun 2024? Panduan buat para pelajar lepasan SPM/ Setaraf yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ambilan tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan Merit Matrikulasi 2024 bagi lepasan SPM/ setaraf buat panduan pelajar.
Sedia maklum, kemasukan pelajar ke Matrikulasi bagi lepasan SPM/ setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Cara Kira Merit Matrikulasi 2024 Lepasan SPM/ Setaraf
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh pengiraan merit Matrikulasi 2024 bagi lepasan SPM/ setaraf:Cara Pengiraan Merit Matrikulasi 2024 Terkini
◾UA & Politeknik Premier/ Matrikulasi: 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum◾Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA: 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosial Ekonomi (SES)
Pengiraan Merit Aliran Sains
◾90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.
◾30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.
Contoh Langkah Pengiraan Merit Aliran Sains
Langkah Pertama:Andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran:
◾Bahasa Melayu A+
◾Bahasa Inggeris A+
◾Pendidikan Islam A+
◾Sejarah A+
◾Matematik A+
◾Matematik Tambahan A
◾Fizik A-
◾Kimia A
◾Biologi A
Langkah Kedua:
Kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):
◾Matematik A+ = 18
◾Matematik Tambahan A = 16
◾Fizik A- = 14
◾Kimia A = 16
◾Biologi A- = 14
JUMLAH 78
Langkah Ketiga:
Kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil:
◾Bahasa Melayu A+ = 18
◾Bahasa Inggeris A+ = 18
◾Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH 54
Langkah Keempat:
Campur markah keseluruhan seperti berikut:
◾Markah Akademik = Markah Mata ◾Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
◾Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
◾Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
◾Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81
Pengiraan Merit Aliran Sastera
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :◾90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
◾30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Contoh Langkah Pengiraan Merit Aliran Sastera
Langkah Pertama:Andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:
◾Bahasa Melayu (A+)
◾Bahasa Inggeris (A+)
◾Pengetahuan Moral (B+)
◾Sejarah (C+)
◾Matematik (B)
◾Sains (B)
◾Perdagangan (C+)
◾Ekonomi Asas (C)
◾Ekonomi Rumah Tangga (A)
Langkah Kedua:
Kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):
◾Bahasa Melayu A+ = 18
◾Matematik B = 10
◾Sains B = 10
◾Sejarah C+ = 8
◾Pengetahuan Moral B+ = 12
JUMLAH 58
Langkah Ketiga:
Kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):
◾Bahasa Inggeris A+ = 18
◾Ekonomi Rumah Tangga A = 16
◾Sejarah C+ = 8
JUMLAH 42
Langkah Keempat:
Campur markah keseluruhan seperti berikut:
◾Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
◾Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
◾Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
◾Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9
Kalkulator Merit Kemasukan Matrikulasi KPM 2024
1. Layari pautan di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/calculator_merit.cfm
2. Lihat jurusan anda samada Sains, Kejuruteraan atau Perakaunan dan klik pada butang "Kiraan Merit".
2. Lihat jurusan anda samada Sains, Kejuruteraan atau Perakaunan dan klik pada butang "Kiraan Merit".
Semoga perkongsian Cara Pengiraan Merit Matrikulasi Lepasan SPM/ Setaraf ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment