Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024 Online (Jadual)

Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024 Online (Jadual)|BILAKAH tarikh pendaftaran calon persendirian STPM bagi tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat para pelajar yang ingin membuat pendaftaran calon sekolah swasta dan persendirian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ambilan tahun 2024. Menerusi Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia, tarikh pendaftaran calon persendirian STPM 2024 boleh dibuat secara online mulai 8 hingga 22 Januari 2024. Berikut dikongsikan Cara Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024 Online buat rujukan anda.

Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2020 Online

Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024 Online (Jadual)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara pendaftaran calon sekolah swasta dan persendirian STPM 2024 termasuk jadual:


Tarikh Penting Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024

◾Tarikh Dibuka: 8 Januari 2024
◾Tarikh Ditutup: 22 Januari 2024

Cara Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024 Online

1. Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui Portal MPM di pautan https://daftarstpm.mpm.edu.my/.

2. Kemudian, klik bahagian ‘Permohonan Pendaftaran STPM.’

3. Pilih jenis pengenalan diri dan masukkan No Kad Pengenalan.

4. Seterusnya, isikan semua maklumat yang diperlukan diruangan yang disediakan.

5. Muat naik maklumat peperiksaan dan klik pada butang ‘Hantar Pendaftaran.’

6. Calon hendaklah merujuk kepada Kalendar STPM 2024 yang terdapat pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh Peperiksaan STPM 2024.

7. Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.

8. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN.

Pendaftaran Calon Persendirian STPM 2024 Online (Jadual)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN  1,
BANDAR BARU SELAYANG, 
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel: 03-61261600
Fak: 03-61361488
Portal MPM: www.mpm.edu.my
E-mel: ppa@mpm.edu.my

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Peperiksaan STPM

Selamat membuat Pendaftaran Calon Persendirian STPM tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.