Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2024 Online (Semakan Keputusan)
Sedia maklum, sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang berminat membuat permohonan Penajaan Biasiswa Kerajaan Taiwan bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah bagi September tahun 2024. Program Biasiswa MOE Taiwan menggalakkan pelajar Malaysia yang luar biasa yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dan pascasiswazah di Taiwan dengan memberikan setiap penerima dan perbelanjaan pelbagai NTD 40,000 setiap semester.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:Dana Biasiswa
◾Yuran pengajian: NTD 40,000 setiap semester.
◾Elaun sara hidup bulanan sebanyak NTD 15,000 untuk ijazah sarjana muda dan NTD 20,000 untuk ijazah sarjana atau doktor falsafah.
*Sesetengah universiti menawarkan diskaun yuran pengajian kepada penerima biasiswa Taiwan. Untuk ketahui butiran lanjut, sila rujuk senarai yang dilampirkan.
Tempoh Biasiswa
◾Program Sarjana Muda: Maksimum 4 tahun
◾Program Sarjana: Maksimum 2 tahun
◾Program Kedoktoran: Maksimum 4 tahun
*Jumlah tempoh penerimaan biasiswa tidak boleh melebihi 5 tahun.
Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2024
Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Taiwan Tahun 2024:
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
2. Mempunyai sekurang-kurangnya STPM, UEC, Diploma, A-Level, Matrikulasi atau mana-mana kelayakan akademik yang setaraf dengannya dengan rekod akademik yang cemerlang, dan berakhlak mulia.
Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan 2024 Online
1. Permohonan dibuka secara dalam talian dari 11 Januari 2024 sehingga 30 April 2024 menerusi pautan di https://taiwanscholarship.moe.gov.tw/Apply
2. Pilih Konsulat Taiwan 'Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia: Malaysia’ dan kewarganegaraan Malaysia
3. Kemudian, pilih Taiwan Scholarship dan klik pada Add untuk melengkapkan semua data permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan.
4. Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon dikehendaki mencetak dan mengepos dokumen sokongan (hardcopy) kepada Taipei Economic and Cultural Office ke alamat berikut:
Education Division,
Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia
(Taiwan Scholarship )
Level 7, Menara Yayasan Tun Razak,
200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2162-3228/ 03-2161-4439 ext 184/ 185
Dokumen Permohonan Yang Diperlukan
- Borang pemohonan talian
- Satu salinan pasport pemohon.
- Salinan sijil akademik tertinggi dan transkrip akademik yang berkaitan.
- Salinan slip permohonan kemasukan kepada universiti/kolej di Taiwan untuk semester Fall tahun 2024 (contohnya, salinan kiriman wang yuran permohonan, borang permohonan, dan notis atau e-mel daripada universiti/kolej yang mengakui penerimaan permohonan).
- Salinan sijil kemampuan bahasa: Bagi permohonan program pengajian yang tidak diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, satu salinan keputusan ujian “Test of Chinese as a Foreign Language Test (TOCFL) sekurang-kurangnya Band B adalah wajib. Untuk maklumat tentang TOCFL di Malaysia, sila hubungi Bahagian Pendidikan TECO di talian 03-21623228 atau emel education@gmail.com.
Semakan Keputusan Biasiswa Taiwan 2024 Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Kerajaan Taiwan, sila layari di Portal DISINI.Selamat membuat Permohonan Biasiswa Kerajaan Taiwan tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa Kerajaan Taiwan!
Post a Comment