Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman Pelajaran YTP MARA 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Lepasan SPM tahun 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (YTP) tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan YTP MARA 2024 boleh dibuat secara online mulai 27 Mei 2024 hingga 11 Jun 2024 (Jam 12 tengahari) menerusi Laman Web Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Permohonan YTP MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Sedia maklum, MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2023 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih.

Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (YTP) beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan YTP MARA 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi MARA secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login

2. Klik pada butang "Daftar Sekarang". 

3. Kemudian, isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan klik pada butang "Daftar Akaun".

4. Login semula akaun dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan. Klik pada butang "Log Masuk".

Info Penting:
*Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam Panduan Permohonan program. 
*Permohonan yang telah dihantar TIDAK boleh diubah dan dikemaskini.
*Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. *Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan. 
*Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan atau/dan lewat adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Permohonan YTP MARA 2023 Online (Syarat Kelayakan)

Syarat Kelayakan YTP MARA 2024

Antara Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA YTP adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.

2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 20 tahun.

3. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.

4. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).

5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin tidak termasuk dalam senaraihitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.

6. Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1).

7. Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.

B. Syarat Khusus

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023. 

2. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. 

3. Proses temuduga hanya melibatkan kursus laluan luar negara dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat 
dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga.

4. Sebarang hebahan berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel.

Info Penting:
*Bagi mendapatkan maklumat tentang syarat kelayakan program, klik pautan DISINI.

Permohonan YTP MARA 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan YTP MARA, sila hubungi di:

No. Telefon: 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
E-mel: ytp@mara.gov.my (Mengenai Program)
E-mel: ictbpp@mara.gov.my (Masalah Teknikal)
KLIK 👉 Soalan Lazim YTP MARA 

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran YTP MARA!

No comments

Powered by Blogger.