Permohonan Bantuan IPT MAIK 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Bantuan IPT MAIK 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan IPT MAIK tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Bantuan IPT MAIK tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi MAIK. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan IPT MAIK 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan IPT MAIK 2020 Online (Semakan Status)

Permohonan Bantuan IPT MAIK 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi cara permohonan Bantuan IPT MAIK beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan IPT MAIK 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi MAIK menerusi pautan di http://ipt-online.e-maik.my/

2. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan bersama dokumen penting seperti berikut:

◼️ Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
◼️ Salinan Surat Tawaran IPT.
◼️ Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
◼️ Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
◼️ Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
◼️ Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
◼️ Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
◼️ Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

Syarat Kelayakan Bantuan IPT MAIK 2024

Antara Syarat Kelayakan Bantuan IPT MAIK adalah seperti berikut:

A. SYARAT AM

i. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
ii. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
iii. Beragama Islam

B. SYARAT KHAS

i. Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu (1) sahaja.
ii. Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
iii. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
iv. Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:

a) Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan
b) Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan
c) Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan
d) Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan
e) Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan
f) Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan

v. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
vi. Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
vii. Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.

Kadar Bantuan IPT MAIK

◼️ Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00
◼️ Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00

Semakan Status Bantuan IPT MAIK 2024 Online

1. Layari ke laman sesawang http://ipt-online.e-maik.my.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘MASUK’.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

No. Tel : +609-7481512
No. Faks : +609-7485512
Emel : maik (at) e-maik (dot) my
Web : www.e-maik.my

Selamat membuat Permohonan Bantuan IPT MAIK tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan IPT MAIK!

No comments

Powered by Blogger.