Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online (Tarikh Bayaran)|ANDA ingin mohon Bantuan Prihatin MAIK? Perhatian buat anda yang tidak bekerja dan tiada pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 26 April 2020 menerusi laman sesawang http://prihatin.e-maik.my.

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Sedia maklum, Bantuan Prihatin MAIK merupakan dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang sangat memerlukan bantuan ekoran penularan wabak Covid-19.

Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi aplikasi Permohonan Bantuan Prihatin MAIK termasuk syarat kelayakan permohonan, tarikh bayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online

A. Sebelum Permohonan

Sebelum membuat permohonan, sila sediakan maklumat seperti berikut:

1. Nama Pemohon dan Pasangan
2. No. Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
3. No. Handphone pemohon dan pasangan
4. Alamat
5. Status kediaman (Sendiri/sewa/menumpang/dll)
6. Pekerjaan pemohon dan pasangan
7. Status pekerjaan dalam tempoh PKP 
8. Baki duit simpanan
9. Bilangan tanggungan
10. Bantuan yang telah diterima (Kerajaan Negeri, Masjid, NGO, DLL)
11. No. Akaun bank

B. Semasa Mengisi Permohonan

1. Pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin MAIK secara atas talian menerusi laman sesawang http://prihatin.e-maik.my.

2. Untuk mendaftar, anda perlu masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan untuk maklumat selanjutnya. 

3. Klik pada butang "SEMAK".

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin MAIK 2020

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin MAIK adalah sepert berikut:

1. Asnaf fakir dan miskin.
2. Tidak bekerja dan tiada pendapatan dalam tempoh pkp.
3. Tiada duit simpanan atau duit simpanan hampir @ telah habis dibelanjakan.
4. Tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak seperti kerajaan negeri, masjid, ngo, dan lain-lain @ menerima bantuan tetapi telah habis digunakan @ bantuan yang diterima tidak mencukupi.
5. Belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau telah terima dan hampir @ telah habis dibelanjakan.

Semakan Status Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi MAIK.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Prihatin MAIK!

No comments

Powered by Blogger.