Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Online (Semakan Status)

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Online (Semakan Status)|APA itu Program Subsidi Upah? Bagaimana cara membuat permohonan Program Subsidi Upah PERKESO secara online? Perhatian buat para majikan yang berkelayakan membuat permohonan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy). Untuk makluman anda, permohonan Program Subsidi Upah PERKESO boleh dibuat secara online mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my.

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Online (Wage Subsidy)

Sedia maklum, Wage Subsidy merupakan langkah penambahbaikan kepada usaha
Kerajaan untuk majikan mengekalkan pekerja. Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah (terhad kepada 100 orang) untuk tempoh 3 bulan. Objektif Wage Subsidy diperkenalkan adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 dan mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Cara Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Online

1. Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan sahaja mulai 1 April 2020 di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my

Syarat Kelayakan Menerima Subsidi Upah

Antara Syarat Kelayakan Menerima Subsidi Upah adalah seperti berikut:

i. Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
ii. Majikan perlu membuat akuan pengisytiharan syarikat mengalami
penurunan pendapatan lebih 50% dengan membandingkan jumlah jualan pada bulan Januari 2020 dengan bulan-bulan berikutnya.
iii. Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.
iv. Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan
tersebut dan 3 bulan berikutnya.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Wage Subsidy ialah:

i. Senarai nama pekerja (terhad 100 orang pekerja)
ii. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
iii. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID
iv. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
v. Akuan Pengisyitharan PSU50
Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

Semakan Status Subsidi Upah PERKESO Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan
Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 ATAU 03-8091 5100 (mula aktif 2 April 2020) ATAU emel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Selamat membuat Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO secara online! Semoga anda berjaya mendapat Subsidi Upah PERKESO!

No comments

Powered by Blogger.