Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome Online

Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome Online|ANDA ingin memiliki rumah pertama sendiri? Perhatian buat anda golongan belia yang berusia dilingkungan 25 tahun hingga 40 tahun yang berkelayakan membuat permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome. Untuk makluman, permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 boleh dibuat secara online bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 menerusi laman sesawang BSN.

Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome Online

Sedia maklum, Skim Perumahan Belia (SPB) merupakan skim pemilikan rumah kali pertama bagi golongan belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara online dengan muat turun borang permohonan di laman sesawang https://www.mybsn.com.my atau kunjungi di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

2. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan bersama beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

a. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
b. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
c. Salinan Kad Pengenalan
d. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
e. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
f. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
g. Salinan penyata KWSP
h. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
i. Borang EA/ EC
j. Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
k. Borang B/BE dan Resit LHDN
m. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
n. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020

Antara syarat-syarat Skim Perumahan Belia BSN MyHome adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun dan telah berkahwin
3. Berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000
4. Terbuka kepada pembeli rumah pertama sahaja

Semakan Status Skim Perumahan Belia 2020 BSN MyHome

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSN MyHome-i, sila layari laman web BSN di www.mybsn.com.my.

Semoga perkongsian Permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.