Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online (Borang Permohonan)

Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online (Borang Permohonan)|ADAKAH anda pemohon Bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia? Bagaimana cara membuat semakan status Bantuan JKM secara online? Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2020. Untuk makluman anda, semakan status Bantuan JKM 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal eBantuan JKM.

Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online (Borang Permohonan)

Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online (Borang Permohonan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan dan Semakan Status Bantuan JKM termasuk tarikh pembayaran dan cara kemaskini Bantuan JKM:

Cara Permohonan Bantuan JKM 2020

Berikut dikongsikan Cara Permohonan eBantuan JKM secara online dan manual:

A. Permohonan eBantuan JKM Secara Online

1. Pemohon boleh layari laman web rasmi eBantuan JKM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Klik pada "Daftar Permohonan Atas Talian".

3. Klik "Daftar Permohonan" dan pilih "Negeri".

4. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan. Klik pada butang "Daftar".

5. Pastikan isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

B. Permohonan eBantuan JKM Secara Manual

1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan JKM 18 secara manual dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

2. Pastikan isikan maklumat borang permohonan JKM 18 dengan lengkap dan betul.

3. Sila sertakan beberapa dokumen sokongan yang disahkan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Semakan Status Permohonan Bantuan JKM 2020 Online

1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

2. Klik pada butang ''Semakan Status Permohonan Atas Talian".

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

KLIK 👉 http://www.jkm.gov.my/jkm/

Senarai Jenis Bantuan Kebajikan Masyarakat

Berikut dikongsikan Senarai Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5. Bantuan Orang Tua (BOT);
6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
7. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
8. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
9. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
10. Tabung Bantuan Segera (TBS)
11. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan JKM, sila hubungi di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon : 03-8000 8000

Semoga perkongsian Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan JKM!

1 comment:

Powered by Blogger.