Cara Daftar BSN Online Banking 2020 (Register di mybsn.com.my)

Cara Daftar BSN Online Banking 2020 (Register di mybsn.com.my)|BAGAIMANA cara daftar MyBSN online banking? Berita baik buat anda yang ingin ketahui cara daftar akaun BSN Banking secara online. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat pendaftaran BSN secara atas talian (online) melalui Laman Web MyBSN.

Cara Daftar BSN Online Banking 2020 (Register di mybsn.com.my)

Sedia maklum, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan satu sistem perbankan online secara sistematik yang dikenali sebagai "MYBSN" bagi memudahkan para pengguna membuat sebarang transaksi tanpa perlu pergi ke mesin ATM yang berdekatan.

Cara Daftar BSN Online Banking 2020 (Register di mybsn.com.my)

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Aplikasi Daftar BSN Online Banking secara online termasuk cara login:

Pendaftaran BSN Online Banking 2020

1. Layari Laman Web MyBSN secara atas talian menerusi pautan di https://www.mybsn.com.my/

2. Lihat ke sebelah kanan atas skrin, klik butang Register/Demo untuk yang ingin membuat keahlian baru di MyBSN.

3. Kemudian, klik pada butang Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama.

4. Pada laman seterusnya, bahagian yang ditandakan sebagai *Mandatory Field haruslah diisi oleh anda. Pastikan anda mempunyai No. kad debit/kredit, No  PIN kad debit/kredit dan No. Telefon.

5. Isikan No. Kad Pengenalan anda diruangan New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia. Isikan diruangan Military IC/Passport No. jika anda tidak mempunyai bukan warganegara.

6. Masukkan Kata Nama dan Kata Laluan diruangan yang disediakan.

7. Masukkan Kod OTP yang boleh diperoleh dari No. Telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu.

8. Pilih salah satu gambar yang tertera diruangan Online Image.

Cara Login BSN Online 2020

Setelah anda selesai membuat pendaftaran akaun MYBSN Online Banking, anda boleh login akaun BSN seperti dibawah:

1. Masukkan username anda yang didaftarkan dan perlu buat pengesahan Online Image akaun anda.

2. Masukkan kata laluan yang disahkan. Isikan maklumat peribadi anda.

3. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.

Semoga perkongsian Cara Daftar BSN Online 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua! Semoga anda berjaya membuat pendaftaran akaun MyBSN!

No comments

Powered by Blogger.