Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa PIDN JPA tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA ambilan tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 29 Februari 2024 hingga 7 April 2024 melalui Laman Web Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2020 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, permohonan Penajaan PIDN adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) tahun 2024.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa PIDN JPA beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024

◾Tarikh Permohonan: 29 Februari 2024 - 7 April 2024
◾Aplikasi Permohonan: 

Cara Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

1. Permohonan PIDN JPA boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN

2. Kemudian, sila isikan maklumat borang permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul.

Syarat Kelayakan Biasiswa PIDN JPA 2024

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus
permohonan seperti berikut:

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
(iii) Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(iv) Mempunyai kesihatan yang baik;
(v) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-
kurangnya 3.00;atau
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan;
dan
(ii) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

1. Semakan keputusan permohonan Biasiswa PIDN JPA ini akan diumumkan pada bulan September 2024 melalui laman

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PIDN JPA, sila layari Portal Rasmi JPA di https://jpa.gov.my atau emelkan
ke pidn2024@jpa.gov.my atau hubungi di talian 03 - 8885 3297.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa PIDN JPA tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Penajaan PIDN!

7 comments:

  1. biler tarikh semakan?...tolong jwab pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru contact JPA tadi dan beliau memaklumkan InshaAllah minggu depan dah boleh buat semakan.....11 Sept dan ke atas....kena selalu semak website JPA atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Tq.

      Delete
  2. Tadi baru dapat contact JPA, pegawai tersebut memaklumkan keputusan permohonan JPA - PIDN akan keluar dalam jangkamasa terdekat nie (September 2023).....minggu depan dia kata dah boleh buat semakan dalam website JPA atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you..tpi macamane nak cek kt laman web esila Tu nak pegi kt bhg mana huhu..aritu dok cari² kat mana bhg nak cek keputusan kt web

      Delete
  3. Kalau saya buat rayuan, macam mana nak tahu diterima atau tak permohonan rayuan saya tu?

    ReplyDelete
  4. Assalam. Boleh saya tahu bilakah permohonan JPA PIDN seterusnya dibuka? untuk tahun 2024

    ReplyDelete

Powered by Blogger.