Semakan Status dan Tarikh Bayaran BSH Bujang & Isi Rumah 2020

Semakan Status dan Tarikh Bayaran BSH Bujang & Isi Rumah 2020|BILAKAH tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup tahun 2020 bagi kategori Bujang dan Isi Rumah? Untuk makluman anda, penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020. Berikut dikongsikan Semakan Status dan Tarikh Bayaran BSH Bujang dan Isi Rumah 2020 buat rujukan anda.

Semakan Status dan Tarikh Bayaran BSH Bujang & Isi Rumah 2020

Sedia maklum, Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori bujang untuk tahun 2020 akan dibayar sebanyak RM100 secara one-off jika layak. Sebelum ini, individu bujang telah menerima RM200 pada bulan 16 Mac 2020. Manakala, Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori isi rumah untuk  tahun 2020 akan dibayar pada bulan Mei 2020 jika layak. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM200 pada bulan 16 Mac 2020.

Semakan Status dan Tarikh Bayaran BSH Bujang dan Isi Rumah 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi semakan status BSH 2020 termasuk cara pembayaran, jumlah dan tarikh bayaran:

Kategori BSH Isi Rumah 2020

Terdapat 3 kategori BSH Isi Rumah 2020 iaitu:

1. Jumlah BSH RM1000 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah

2. Jumlah BSH RM750 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000

3. Jumlah BSH RM500 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000

Semakan Status Bayaran BSH Isi Rumah dan Bujang 2020

1. Layari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.

2. Pilih Menu "SEMAKAN STATUS BAYARAN".

3. Sila masukkan NO. MYKAD dan klik pada "Butang Carian".

4. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang SEMAK.

Kadar Bayaran BSH Bujang dan Isi Rumah 2020

1. Kerajaan akan membayar tambahan RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan Julai dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

2. Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori bujang untuk tahun 2020 akan dibayar sebanyak RM100 secara one-off jika layak.

Semakan Status dan Tarikh Bayaran BSH Bujang & Isi Rumah 2020

Tarikh Bayaran BSH Bujang dan Isi Rumah 2020

Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Berikut adalah cara pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 melalui 2 kaedah pembayaran:

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang mengisi maklumat akaun bank semasa memohon.

2. Baucar Bantuan Sara Hidup

◾Bagi pemohon yang tiada akaun bank, akan menerima baucar Bantuan Sara Hidup.
◾Boleh ditunaikan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan BSH, sila hubungi di:

◼️Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
◼️Nombor Bebas Tol LHDN 1-800-88-2716
◼️Laman Web BSH: https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup tahun 2020 ini dijadikan panduan penerima Bantuan Sara Hidup!

No comments

Powered by Blogger.