Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur & Graduan

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur & Graduan|ADAKAH anda ingin daftar MYFutureJobs PERKESO secara online? Berita baik buat anda golongan penganggur dan graduan yang ingin membuat pendaftaran MYFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) secara online. Berikut dikongsikan Cara Daftar MYFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur & Graduan buat panduan anda.

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur & Graduan

Sedia maklum, MYFutureJobs merupakan sebuah portal dibawah seliaan PERKESO. Ia dilancarkan ekoran Program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dikalangan pencari kerja tempatan.

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur & Graduan

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Daftar MYFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) termasuk syarat kelayakan permohonan:

Pendaftaran MyFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Online

1. Daftar dan kemaskini profil di Portal MYFutureJobs secara online di pautan www.myfuturejobs.gov.my mulai 15 Jun 2020.

2. Pilih Kategori yang terdapat dibawah Insentif Pengambilan Pekerja seperti #MYApprentice atau #hireMalaysia.

Senarai Pakej Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)

Antara Senarai Pakej Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) adalah seperti berikut:

A. MyApprentice

◼️ Golongan lepasan sekolah atau graduan yang diambil secara perantis
◼️ Insentif Kewangan: RM 600 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

B. HireMalaysia

1. HireMalaysia 40 Tahun Ke Bawah
◼️ Pencari kerja tempatan yang berumur dibawah 40 tahun
◼️ Insentif Kewangan: RM 800 (Bagi pekerja yang digaji RM1,200 ke atas untuk tempoh maksimum 6 bulan)

2. HireMalaysia 40 Tahun Ke Atas
◼️ Pencari kerja tempatan yang berumur 40
tahun dan ke atas
◼️ Insentif Kewangan: RM 1000 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

3. OKU
◼️ Pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU); dan
◼️ Peserta program Return to Work (RTW) PERKESO
◼️ Insentif Kewangan: RM 1000 (Bayaran  secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03 - 80915300/ 1300228000 atau emel ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Semoga perkongsian Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur & Graduan ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.