Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome

Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome|ANDA ingin mempunyai rumah pertama sendiri? Berita baik buat anda golongan belia yang ingin memiliki rumah idaman sendiri dan berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000. Untuk makluman anda, permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 melalui Portal BSN.

Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome

Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Mohon Skim Perumahan Belia BSN MyHome beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen sokongan:

Pendaftaran Skim Perumahan Belia BSN MyHome Online

1. Pemohon perlu muat turun borang permohonan menerusi laman sesawang https://www.mybsn.com.my atau kunjungi di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

2. Borang permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan bersama beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

a. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
b. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
c. Salinan Kad Pengenalan
d. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
e. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
f. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
g. Salinan penyata KWSP
h. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
i. Borang EA/ EC
j. Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
k. Borang B/BE dan Resit LHDN
m. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
n. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia BSN MyHome

Antara syarat kelayakan Skim Perumahan Belia BSN MyHome adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun dan telah berkahwin
3. Berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000
4. Terbuka kepada pembeli rumah pertama sahaja

Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) 2020 BSN MyHome

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman web BSN di www.mybsn.com.my.

Semoga perkongsian Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.