Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020|ANDA ingin ketahui cara kiraan jumlah bil elektrik yang sebenar? Bagaimana cara TNB mengira jumlah bil elektrik sebenarnya? Perhatian buat anda pengguna yang ingin ketahui cara pengiraan semula jumlah bil elektrik TNB yang sebenar. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020 buat panduan anda.

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Sedia maklum, jumlah pengiraaan bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilang. Kini TNB juga menyediakan Pelan Bayaran Mudah (PBM) untuk membantu dalam menjelaskan peningkatan bil semasa Perintah Kawalan Pergerakan. PBM merupakan sebagai tambahan kepada diskaun berperingkat berjumlah dua hingga 50 peratus yang ditawarkan kepada pelanggan bagi penggunaan elektrik dari 1 April sehingga 30 September 2020.

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB termasuk semakan bil elektrik secara online:


Contoh Pengiraan Bil Elektrik TNB Terkini

Sebagai contoh, penggunaan dengan bacaan meter sebenar yang diperolehi pada bulan MEI 2020 adalah sebanyak 900kWH, Penggunaan 900kWh ini akan dibagaikan secara sama rata bagi tempoh 90 hari atau 3 bulan iaitu dari Februari 2020 hingga Mei 2020.

Situasi Semasa Bil Elektrik TNB

Pada bulan 3 dan bulan 4 pihak TNB tidak dapat membaca meter. Maka pihak TNB hanya membuat anggaran sahaja berdasarkan rekod bil sebelum itu. Maka apabila pihak TNB datang membaca meter  bulan 5 dan keluarkan bil akan keluar 90 hari terus dari Mac hingga Mei, jadinya kalau KWH bulan 4 dan 5 ada lebih akan dibawa ke bulan 5 sebab itulah rate bayaran melambung.

Cara Semakan Semula Bil Elektrik TNB Online

1. Muat turun aplikasi myTNB di Google Play (Android) dan Apps Store (iOS).

2. Kemudian, ambil gambar meter TNB semasa kediaman anda.

3. Hantar gambar atau foto meter ke Aplikasi TNB untuk buat semakan semula.

4. Tulis pembacaan semula meter dan attach bacaan semasa meter di rumah.

5. Di bahagian attach photo anda ambil gambar meter anda terkini dan upload.

6. Pegawai TNB akan whatsapp nombor yang didaftarkan di aplikasi setelah selesai pembacaan semula.

Perbezaan Bil Anggaran & Bil Caj Penggunaan Sebenar

Berikut adalah Perbezaan Bil Anggaran dan Bil Caj Pengguna Sebenar:

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

No. Tel: 1-300-88-5454
Email: tnbcareline@tnb.com.my
Facebook: TNB Careline

Semoga perkongsian Semakan Dan Cara Pengiraan Semula Bil Elektrik TNB 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.