Semakan Penyata dan Baki i-Akaun KWSP 2020 Online

Semakan Penyata dan Baki i-Akaun KWSP 2020 Online|BAGAIMANA cara membuat semakan penyata i-Akaun KWSP dengan mudah? Berita baik buat anda pemohon KWSP yang ingin membuat semakan penyata dan baki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara online melalui Portal i-Akaun. Berikut dikongsikan Cara Semakan Penyata i-Akaun KWSP 2020 buat panduan anda.

Semakan Penyata dan Baki i-Akaun KWSP 2020 Online

Sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah suatu badan keselamatan sosial yang membekalkan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya. Pastikan sebelum anda mengakses secara online, anda perlu membuat pendaftaran kod i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

Semakan Penyata dan Baki i-Akaun KWSP 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Semakan Penyata Caruman i-Akaun KWSP melalui Portal i-Akaun:

Cara Semakan Penyata i-Akaun KWSP Online

A. Pengaktifan Kod i-Akaun KWSP

1. Anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun KWSP secara hadir ke mana-mana kaunter KWSP, kiosk KWSP atau juga menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 89226000 bagi mendapatkan kod pengaktifan.

B. Log Masuk Ke i-Akaun KWSP

Untuk log masuk ke i-Akaun KWSP, berikut adalah langkah-langkahnya:


2. Taipkan Kod Pengaktifan yang diterima dalam ruangan USER ID.

3. Klik pada butang "Next". Anda hanya boleh menggunakan Kod Pengaktifan untuk tempoh 30 hari sahaja.

4. Kemudian, masukkan Kata Laluan Sementara dan klik pada butang "Login".

5. Klik pada butang "Accept" setelah membaca terma dan syarat yang dinyatakan.

6. Klik pada butang Next dan tukar ID dan Kata Laluan Sementara kepada ID Pengguna dan Kata Laluan yang sendiri.

C. Semakan Penyata KWSP Secara Online

Setelah selesai isi maklumat log masuk, anda boleh buat semakan penyata seperti berikut:

1. Log masuk semula ke akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

2. Klik "Akaun Peribadi" dan pilih tahun diruangan "Lihat Penyata Bagi Tahun".

3. Klik pada butang Cari dan maklumat penyata anda aksn dipaparkan di screen.

4. Anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata ahli.

Semakan Penyata dan Baki i-Akaun KWSP 2020 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.

Semoga perkongsian Semakan Penyata dan Baki i-Akaun KWSP ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.