Cara Mohon PR1MA Homes 2020 Online Untuk Golongan Pendapatan Rendah

Cara Mohon PR1MA Homes 2020 Online Untuk Golongan Pendapatan Rendah|ANDA ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah idaman sendiri dan mempunyai pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000. Untuk makluman anda, permohonan PR1MA Homes 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi PR1MA.

Cara Mohon PR1MA Homes 2020 Online Untuk Golongan Pendapatan Rendah

Sedia maklum, Perbadanan PR1MA Malaysia atau mudah dikenali sebagai PR1MA merupakan satu projek perumahan mampu milik dibawah Akta PR1MA 2012 yang menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden. Ia diwujudkan bertujuan untuk membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan bermutu tinggi di kawasan bandar utama khas buat berpendapatan isi rumah sederhana.

Cara Mohon PR1MA Homes 2020 Online Untuk Golongan Pendapatan Rendah

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Mohon PR1MA Homes termasuk syarat kelayakan permohonan, ciri perumahan dan semakan status:

Pendaftaran PR1MA Homes Online

1. PENDAFTARAN

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my/ atau ke Portal PR1MA https://www.pr1ma.my/

2. PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media.

3. PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

4. PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

5. PEMILIHAN UNIT
Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan.

6. PEMBIAYAAN
Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.

7. PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.

8. PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG
Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA Homes 2020

Antara Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA Homes adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas semasa permohonan dibuat
3. Individu atau keluarga dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000
4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
5. Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA

Ciri-Ciri PR1MA Homes 2020

Antara Ciri-Ciri PR1MA Homes adalah seperti berikut:

- Rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps.
- Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

Senarai Projek Perumahan PR1MA 2020

Untuk makluman lanjut berkaitan senarai projek PR1MA Homes, sila layari ke https://sales.pr1ma.my/my/.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian⁣⁣ 03 – 7628 9898⁣.

Emel: info@pr1ma.my⁣
Web: www.pr1ma.my⁣

Semoga perkongsian⁣ Cara Mohon PR1MA Homes 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.