Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 Bagi Golongan Pendapatan Rendah

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 Bagi Golongan Pendapatan Rendah|ANDA ingin memiliki rumah idaman sendiri? Perhatian buat anda golongan yang pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 dan tidak memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 Bagi Golongan Pendapatan Rendah

Sedia maklum, Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 Bagi Golongan Pendapatan Rendah

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk syarat kelayakan permohonan dan ciri-ciri rumah:

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online

1. Layari Portal Rasmi SPNB secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://rmr.spnbonline.com.my

2. Gunakan login ID (emel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan.

3. Isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap. Klik "Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang".

4. Hantarkan borang permohonan beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020

Antara Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
8. Salinan sijil nikah pemohon
9. Borang laporan tapak bergambar

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat SPNB

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 Bagi Golongan Pendapatan Rendah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari ke Laman Web Rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/ atau:

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170

Semoga perkongsian Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB 2020 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.