Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Endowmen UTM tahun 2024/2025 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 hingga 20 Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi UTM. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa Endowmen UTM termasuk syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Syarat Kelayakan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Endowmen UTM adalah seperti berikut:

1. Tawaran melanjutkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM.


Cara Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online

1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan http://biasiswaendowmen.utm.my.

2. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan. Maklumat yang diperlukan adalah nama penuh, no. kad pengenalan, alamat e-mel dan kata laluan.

3. Sila pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel peribadi pemohon yang SAH dan MASIH AKTIF.

4. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.

5. Pastikan permohonan yang telah lengkap dihantar dengan menekan butang HANTAR.

6. Pemohon masih dibenarkan untuk mengemaskini permohonan selagi tempoh permohonan belum ditutup. Pemohon tidak perlu lagi menekan butang HANTAR buat kali kedua.

7. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel/telefon.

8. Pemohon yang tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.

Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024/2025 Online (Semakan Keputusan)


Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon adalah DIWAJIBKAN memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan dalam permohonan seperti berikut:

1. Slip Gaji@ Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan bagi Bapa/Ibu/Penjaga yang tidak mempunyai Slip Gaji atau yang tidak bekerja untuk dimuat naik di Bahagian Maklumat Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga. 

2. Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan PERLU DISAHKAN oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas /Kumpulan A). Muat Turun [Borang Pengesahan Pendapatan]

3. Dokumen @ sijil perceraian @ surat mahkamah jika Bapa/Ibu/Penjaga telah berpisah/bercerai.

4. Dokumen Sijil Kematian sekiranya Bapa/Ibu/Penjaga telah meninggal dunia.

Info Penting:
(i)[*] Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan
(ii) Slip gaji/Penyata pencen/ Borang Pengesahan Pendapatan PERLU DISAHKAN oleh Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas /Kumpulan A


Semakan Keputusan Biasiswa Endowmen UTM 2024 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Endowmen UTM, sila hubungi di:

Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib,
Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Aras 1, Bangunan SUB
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor

E-mel : biasiswaendowmen@utm.my
No. Telefon : 07-5530683
Laman Web Pejabat HEP : http://www.utm.my/studentaffairs

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Endowmen UTM 2024 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.