Permohonan SBP 2025/2026 Tingkatan 1 & 4 Online
Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 & 4 Online|BILAKAH tarikh permohonan SBP ambilan 2025 bakal dibuka? Berita baik buat anda para pelajar yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2025. Untuk makluman anda, permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024 menerusi Portal Rasmi KPM.
Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 & 4 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 termasuk syarat kemasukan dan tarikh penting:Tarikh Penting Kemasukan SBP Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025
◾Tarikh Permohonan: 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024
◾Aplikasi Permohonan:
🔷 Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
🔷 Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Cara Permohonan Kemasukan SBP 2025 Online (Tingkatan 1 & 4)
1. Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.
2. Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar APDM) untuk memasuki sistem.
3. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
4. Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
Syarat Kemasukan SBP Tahun 2025
Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan SBP Tahun 2025:
A. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/AKADEMIK)
SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mencapai aras toleransi PKSK.
iii. Berpotensi cemerlang akademik.
iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
B. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)
SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mencapai aras toleransi PKSK.
iii. Berpotensi cemerlang akademik.
iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
SYARAT KHUSUS
- Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
C. SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PAKEJ TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
SYARAT UMUM
i. Warganegara Malaysia.
ii. Mencapai aras toleransi PKSK.
iii. Berpotensi cemerlang akademik.
iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
SYARAT KHUSUS
i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).
**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SBP, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my.
Selamat membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2025 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP!
Post a Comment