Permohonan Sekolah Khusus 2025/2026 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)
Permohonan Sekolah Khusus 2025/2026 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4 tahun 2025 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) tahun 2025/2026. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Khusus 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024 menerusi laman sesawang https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4).
Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan pelajar ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus dinamakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau ringkasnya PKSK diwujudkan sebaik pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional serta Maktab Tentera Diraja (MTD).
Permohonan Sekolah Khusus 2025/2026 Tingkatan 1 & 4 Online (PKSK)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) termasuk syarat kelayakan permohonan dan tarikh penting:Apa Itu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
- PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2025 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.Cara Permohonan Sekolah Khusus 2025 Online
1. Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.2. Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar APDM) untuk memasuki sistem.
3. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
4. Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
Syarat Kelayakan Permohonan PKSK 2025
Antara syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:
1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
2. Pemohon telah mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
3. Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2025, murid Tahun 6 tahun 2024 mestilah:
– Berumur 12 tahun; atau
– Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013
4. Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2025, murid Tingkatan 3 tahun 2024 mestilah:
– Berumur 15 tahun; atau
– Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010
Tarikh Penting Kemasukan PKSK 2025
Berikut dikongsikan Tarikh Penting Kemasukan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) tahun 2025:◾Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus: 1 Ogos – 8 September 2024
◾Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4: 13 September – 3 Oktober 2024
◾Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1: 13 September – 17 Oktober 2024
Kategori Sekolah Khusus
5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan soalan lazim Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus, sila layari ke laman https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/LAMPIRAN/FAQ_2024.pdfSemoga perkongsian Permohonan Sekolah Khusus 2025 Tingkatan 1 & 4 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment