Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100 Kepada Pelajar UITM

Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100 Kepada Pelajar UITM|APA itu Insentif UITM Prihatin? Untuk makluman anda, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memaklumkan bahawa insentif UiTM Prihatin berjumlah RM100 akan diberikan kepada para pelajar yang datang ke kampus untuk mendaftar tetapi terpaksa berpatah balik ke kampung susulan penangguhan yang telah dilaksanakan. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Insentif UITM Prihatin buat rujukan anda.

Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100 Kepada Pelajar UITM

Sedia maklum, penangguhan pendaftaran pelajar terpaksa dilakukan susulan meningkatnya penularan kes wabak COVID-19 di seluruh negara baru-baru ini. Insentif UiTM Prihatin sebanyak RM100 bukan hanya diberikan kepada para pelajar yang telah berpatah balik ke kampung sahaja. Namun, insentif ini juga diberikan kepada para pelajar yang telah mendaftar dan tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus-kampus cawangan yang lain. Selain itu, menerusi insentif UiTM prihatin juga, pengecualian bayaran kolej pada bulan Oktober 2020 juga diberikan kepada para pelajar.


Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100 Kepada Pelajar UITM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100 Kepada Pelajar UITM:


Cara Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100

Para pelajar UiTM yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan JOBSA iaitu 03-5544 7893. Selain itu, para pelajar juga boleh menghantar whatsapp di talian 011-2074 2823.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi UiTM di https://uitm.edu.my.

Semoga perkongsian Permohonan Insentif UITM Prihatin RM100 ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

No comments

Powered by Blogger.