Permohonan Prasekolah KPM 2024/2025 Online (Rayuan)

Permohonan Prasekolah KPM 2024/2025 Online (Rayuan)|ANDA ingin mohon anak-anak kemasukan ke Prasekolah ambilan 2024? Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, permohonan Prasekolah 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online) dan manual (borang) mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 menerusi Portal Rasmi ePrasekolah. Berikut dikongsikan Permohonan Prasekolah KPM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Prasekolah KPM 2022 Online (Borang)


Sedia maklum, permohonan Prasekolah KPM secara online melalui aplikasi ePrasekolah boleh dibuat bagi yang berada di Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi pemohon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat permohonan secara manual (borang).

Permohonan Prasekolah KPM 2024/2025 Online (Rayuan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Prasekolah KPM 2024 termasuk borang pendaftaran, syarat kemasukan dan permohonan rayuan:

Tarikh Penting Permohonan Prasekolah 2024

◾ Tarikh Permohonan: 1 Mac 2023
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 ePrasekolah

Cara Permohonan Prasekolah KPM 2024

A. Secara Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi ePrasekolah secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 ePrasekolah

2. Kemudian, login menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.

3. Isikan maklumat borang pendaftaran seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.

4. Selepas itu, cetak borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan.

5. Ibu bapa perlu membawa cetakan borang permohonan dan dihantar ke sekolah beserta dokumen-dokumen penting.

B. Secara Manual

Tempoh permohonan secara manual adalah dari 1 Mac hingga 31 Mei 2023. Ibu bapa atau penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah / institusi yang ingin dimohon. Borang permohonan perlu lengkap diisi beserta dokumen-dokumen penting dan dihantar ke sekolah yang dipohon.

Syarat Kemasukan Prasekolah KPM 2024

Antara syarat kelayakan permohonan ePrasekolah KPM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 hanya layak memohon.

Permohonan Rayuan Prasekolah 2024

Bagi anda yang tidak berjaya dalam permohonan Prasekolah tahun 2024, anda boleh membuat rayuan Prasekolah secara online melalui Portal Rasmi e-Prasekolah atau melalui sekolah yang dipohon.

Selamat membuat Permohonan ePrasekolah KPM ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke ePrasekolah!

No comments

Powered by Blogger.