Cara Daftar EPSA KPM 2024 Online (Login)
Cara Daftar EPSA KPM 2024 Online (Login)|APA itu EPSA KPM? Perhatian buat para penjawat awam yang ingin ketahui cara daftar dan login EPSA KPM tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Daftar EPSA KPM 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, sebagai penjawat awam, terutamanya guru-guru, anda boleh menggunakan Portal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi mendaftar kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM. E-Pembelajaran Sektor Awam atau dikenali sebagai EPSA merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat.
Cara Daftar EPSA KPM 2024 Online (Login)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar EPSA KPM termasuk cara daftar kursus EPSA dan login:
Cara Pendaftaran Ahli EPSA 2024 Online
Pendaftaran Keahlian EPSA hanya sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA, pengguna perlu klik butang ‘Daftar’.
A. Pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan.
◼️ Isikan maklumat no. KP, nama dan e-mel dan klik butang ‘Daftar’.
◼️ Terima e-mel 1: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luput.
◼️ Terima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA.
B. Pengguna yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan.
◼️ Klik Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan. Cetak surat tersebut dan dapatkan tandatangan penyelia.
◼️ Isikan maklumat no. KP, nama dan e-mel persendirian.
◼️ Pengguna perlu memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyelia.
◼️ Klik butang ‘Daftar’. Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerja.
◼️ Terima e-mel: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA.
Cara Daftar Kursus EPSA Online
Pengguna boleh mendaftar kursus di EPSA® melalui Katalog Kursus dengan langkah seperti berikut:
1. Klik ‘Log Masuk’ ke Portal E-Pembelajaran Sektor Awam.
2. Klik Menu ‘Katalog Kursus’. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.
Cara Login EPSA KPM 2024 Online
*Akan dikemaskini
Kaedah Pembelajaran
- Pembelajaran melalui Portal EPSA adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf satu (1) hari bersamaan 6 jam melalui EPSA. Sebagai contoh Kursus Amalan 5S bernilai 12 jam 6 bersamaan dua (2) hari kursus.
- Bahan pembelajaran adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna.
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan EPSA, pengguna boleh menghubungi Bantuan EPSA di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702 (Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP)
Semoga perkongsian Cara Daftar EPSA KPM Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment