Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Negeri Kelantan yang ingin mohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Untuk permohonan anda, permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 22 April 2023.

Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2021 Online (Semakan Keputusan)


Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK termasuk syarat kelayakan, bidang pengajian dan semakan keputusan:


Cara Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023

1. Layari laman web MAIK secara online menerusi pautan di http://eagihan.e-maik.my/.

2. Klik bahagian ‘Download.’

3. Kemudian, muat turun borang permohonan tersebut.

4. Isikan borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.


Bidang Pengajian

Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam mana-mana bidang yang bermanfaat adalah layak untuk memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK ini.


Syarat Kelayakan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023

A. Syarat Umum

Pemohon yang ingin memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

1. Permohonan adalah terbuka kepada semua lepasa SPM.

2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.

3. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

4. Pemohon melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.

5. Pemohon berumur 25 tahun pada tarikh permohonan.

6. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama dari mana-mana IPTA sahaja.

B. Syarat Akademik

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik mengikut peringkat pengajian.

i) Sijil Kemahiran

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2; atau

Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau

Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).

iii) Ijazah Sarjana Muda

Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau

Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.


Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

1. Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).

2. Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.

3. Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.

4. Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.

5. Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).

6. Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah ( A-Level sahaja).

7. Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.

8. Sijil-sijil yang berkaitan.

9. Penyata akaun bank.


Semakan Keputusan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi talian 09-7481512 sambungan Unit Pendidikan atau email ke unit.pendidikan.maik.gmail.com

Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.