Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa JKPJ JPA tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda pelajar Lepasan SPM Tahun 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa JKPJ JPA tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis (JKPJ) JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 27 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2024. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2023 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa JKPJ JPA termasuk syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:Cara Permohonan Biasiswa JKPJ JPA 2024 Online
1. Layari Portal Rasmi JPA secara online menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my bermula 27 Mei 2024, 2:00 petang hingga 9 Jun 2024 jam 5:00 petang.2. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
4. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
5. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP, Slip Pengesahan IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
6. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA 2024
Antara Syarat Kelayakan Biasiswa JKPJ JPA adalah seperti berikut:
A. Syarat Umum
i. Warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
v. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
vi. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
B. Syarat Khusus
KLIK 👉 Syarat Khusus JKPJ JPA
Bidang Pengajian
Pemohon yang ingin memohon Program Khas JKPJ perlu menyambung pengajian dalam bidang seperti berikut:
- Bidang Kejuruteraan
- Bidang Sains dan Teknologi (S&T)
- Sains Sosial
Semakan Keputusan Biasiswa JKPJ JPA 2024
Berikut dikongsikan Semakan Keputusan JKPJ JPA tahun 2024:
1. Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui laman
sesawang https://bmipenajaan.jpa.gov.my pada 25 Julai 2024 (Khamis), 12.00 tengah hari.
2. Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas
tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Artikel Berkaitan:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan JKPJ JPA, sila hubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi
hingga 4.30 petang) atau e-melkan ke lepasanspm2024@jpa.gov.my (talian dan
e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
KLIK 👉 Soalan Lazim JKPJ JPA
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis JPA Tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran JKPJ JPA!
Post a Comment