Cara Daftar mySPP 2024 Online (Semakan Status & Login)
Cara Daftar mySPP 2024 Online (Semakan Status & Login)|ANDA ingin daftar dan mohon jawatan mySPP? Berita baik buat pemohon yang ingin membuat pendaftaran Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) tahun 2024. Untuk makluman anda, pendaftaran mySPP 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi mySPP. Berikut dikongsikan Cara Daftar mySPP 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan satu portal online iaitu Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) yang menggantikan Portal SPP untuk permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan. Menerusi FB Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pada 7 Julai 2021 akan dibuka iklan tawaran pengambilan khas Pegawai Pendidikan gred DG41 secara one–off kerana terdapatnya masalah kekurangan guru melibatkan beberapa buah negeri dan mata pelajaran tertentu.
Cara Daftar mySPP 2024 Online (Semakan Status & Login)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar mySPP termasuk cara login, permohonan jawatan dan semakan status:
Pendaftaran mySPP 2024 Online
1. Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan DAFTAR AKAUN BAHARU di laman utama mySPP melalui laman sesawang di https://myspp.spp.gov.my.
2. Kemudian, pastikan semua medan bertanda * hendaklah diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
3. Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif.
4. Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
5. Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
6. Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang ‘semula’.
Cara Login mySPP 2024 Online
1. Bagi yang mempunyai ID akaun boleh log masuk mySPP menerusi laman sesawang di https://myspp.spp.gov.my/.
2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang disahkan.
Cara Permohonan Jawatan Kosong mySPP 2024
Untuk permohonan jawatan mySPP, calon perlu mengisi borang SPP secara online seperti berikut:
1. Log masuk Portal Rasmi mySPP secara online untuk mengisi maklumat peribadi.
2. Kemudian, klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan sahih.
4. Klik pada butang HANTAR.
5. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
Semakan Status mySPP 2024 Online
1. Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan ‘Semakan Permohonan’.
2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan mySPP, sila hubungi di:
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8871 7499
E-mel: pro@spp.gov.my
Semoga perkongsian Cara Daftar mySPP secara online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment